‘Kemaruk Putrajaya, Negeriku Terpinggir’ Slogan Paling Sesuai Untuk Kerajaan Selangor



“Kemaruk Putrajaya, Negeriku Terpinggir”… itulah slogan paling tepat untuk menggambarkan pentadbiran pakatan pembangkang di Selangor berikutan pelbagai kemelut yang berlaku sepanjang empat tahun pemerintahan mereka, demikian pandangan Ketua Penerangan UMNO Selangor, Abdul Shukor Idrus.


Tegasnya dari isu sampah, air, rumah urut, pasir, hutang Talam dan pelbagai lagi membuktikan kerajaan Selangor pimpinan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Kahlid Ibrahim dan Penasihat Ekonomi yang bergaji RM1.00, Datuk Seri Anwar Ibrahim gagal dan mengkhianati amanah rakyat.

Menurut  beliau pimpinan PKR yang dibantu oleh DAP dan disokong oleh Pas sebenarnya masih lagi terbawa-bawa dengan gaya mereka yang menjadi pembangkang sebelum ini yang hanya pandai mencipta fitnah.

“Apa yang mereka boleh bangga sepanjang empat tahun mentadbir negeri ini.. bas mewah, jet mewah, hutang bertimbun Unisel, rumah urut?

“Apa yang rakyat dapat? “Apakah dengan hanya pemberian subsidi air dengan jumlah lebih kurang RM11.00, boleh dianggap membantu rakyat sedangkan pemberian air percuma itu pun tidak secara menyeluruh.

“Mana janji-janji bulan bintang mereka? Walaupun sudah empat tahun pilihanraya umum lalu tapi rakyat tidak akan mudah lupa dan rela untuk diperdayakan sekali lagi,” katanya.

Beliau yang juga ADUN Kuang seterusnya berkata kejayaan dan kebijaksanaan sesebuah pentadbiran bukan diukur kepetahan bercakap di pentas ceramah atau menerusi papan-papan tanda yang dipacak di serata negeri tetapi sejauh mana mereka membela rakyat dan seterusnya memajukan lagi ekonomi negeri.

“Macam orang jual ubat tepi jalan… pertama kali orang dengar orang percaya dan beli tapi kalau ubat yang dibeli itu tidak sama dengan apa yang dijanjikan maka orang akan serik begitu juga dalam pilihanraya, rakyat sudah serik dan tidak akan mahu lagi ditipu sekali lagi oleh penjual ubat tepi jalan”, ujarnya. 

Sumber: UMNO-Online
Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment