Sesi Penerangan UMNO Selangor Kepada Pemimpin Akar Umbi 10-25 Nov


UMNO Selangor akan mengadakan program Penerangan Isu-isu Semasa Negeri Selangor dengan tema ‘Menjana Kecemerlangan Pilihan Raya Umum 13′ dari 10 hingga 25 Nov depan, kata Ketua Penerangannya Abdul Shukor Idrus.

Program ini disasarkan kepada kepimpinan 22 bahagian UMNO di Selangor termasuk sayap Pemuda, Wanita dan Puteri serta kepimpinan di peringkat cawangan dan sayap masing-masing, katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata program penerangan ini bertujuan memberi penjelasan lengkap kepada kepimpinan di peringkat akar umbi mengenai isu semasa seperti Belanjawan Negara 2013, kepincangan pentadbiran kerajaan pakatan pembangkang di Selangor dan gambaran masa depan Selangor jika terus kekal diperintah pembangkang.

Katanya tiga Naib Presiden UMNO iaitu Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Ketua Wanita UMNO Datuk Seri Shahrizat Jalil dan Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin dijadual memberi ucaptama pada program itu.

Abdul Shukor berkata program itu akan dilaksanakan mengikut lima zon dengan setiap seorang daripada pemimpin UMNO pusat itu akan menyampaikan ucaptama mereka dalam satu zon yang akan ditetapkan.

Beliau berkata menerusi sesi penerangan ini diharap kepimpinan bahagian dan cawangan akan mendapat maklumat yang lengkap dan jelas untuk mereka memainkan peranan memberi penjelasan kepada 894 pusat daerah mengundi di negeri ini.
Tags: ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment