Isu Selangor - Khalid Ibrahim Rampas Asset UNISEL & Jadikan Universiti Swasta Tanpa Harta No. 1 Negara



Setahun selepas memerintah Selangor, Kerajaan PR telah memindahkan aset-aset UNISEL kepada pemilikan Menteri Besar Incorporated (MBI). Perkara ini termaktub dalam 'Kertas Putih  Penyelesaian Hutang Talam'.

Kertas Putih berkenaan mendedahkan pampasan dalam bentuk pengambilalihan liabiliti UNISEL yang berjumlah RM248.7 juta telah diberikan oleh MBI kepada universiti swasta milik Kerajaan Negeri Selangor berkenaan.

Kemudian, MB Selangor TS Khalid Ibrahim mengumumkan pengambilalihan hutang UNISEL oleh MBI sebanyak RM150 juta. [Rujuk SINI]

Namun begitu, dalam Exco Pendidikan Selangor Dr Halimah Ali membuat kenyataan yang amat berbeza, apabila mendakwa pengambialihan hutang UNISEL berjumlah RM486.7 juta.


Baik apa juga amaun mahu pun alasan dan tujuan pengambilalihan hutang tersebut, perlu diingatkan bahawa perlaksanaan tersebut adalah berserta dengan pengambilan semua aset-aset UNISEL.

Oleh kerana UNISEL beroperasi sebagai universiti swasta, maka universiti tersebut telah dijadikan sebuah universiti swasta tanpa aset yang pertama di Malaysia oleh Khalid Ibrahim. 

Ini juga bermakna bahawa UNISEL tidak mempunyai nilai ekonomi kepada mana-mana pelabur.

Tags: ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

1 Komen

  1. erks?!!!!! Universiti Alam Impian la tu, kan? hehehe

    Analisis bingai kalau PR menang PRU13 di
    Tendang Terajang

Post a Comment