Ketua Pemuda UMNO Selangor, Ungku Salleh Ungku Jamal meminta agar
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berhenti bermain politik dan
menipu rakyat dalam isu rumah kos rendah, sebaliknya mengakui bahawa
sememangnya kerajaan negeri yang ditadbir oleh PKR tidak prihatin terhadap
nasib rakyat miskin dan sederhana di negeri tersebut.
Jelasnya, isu rumah kos rendah yang dibangkitkan oleh Presiden MCA
Selangor, Datuk Donald Lim Siang baru-baru ini mendedahkan hanya 287 buah rumah
kos rendah yang baru siap dibina berbanding 23, 637 buah seperti yang
dijanjikan oleh kerajaan negeri, sudah cukup untuk membuktikan kerajaan
Selangor langsung tidak ambil pusing terhadap nasib rakyat di negeri ini.
“Kerajaan Selangor hari ini lebih tertumpu untuk menjual aset-aset
kerajaan, membiayai hutang-hutang syarikat korporat berbanding untuk memikirkan
nasib rakyat. Sepanjang empat tahun pemerintahan mereka, takkanlah hanya 287
unit saja yang mampu mereka bina? Sedangkan rakyat yang mendaftar untuk rumah kos
rendah ini lebih daripada 2,000 orang.
“Kami Pemuda UMNO Selangor sejak setahun yang lalu telah
membangkitkan perkara ini, namun tidak ada sebarang respon daripada kerajaan
negeri. Saya sendiri tidak pernah dengar atau terbaca pengumuman dari kerajaan negeri,
atau majlis pecah tanah dari kerajaan negeri untuk bina rumah-rumah kos rendah
ini,” tegas beliau.
Beliau turut mempertikaikan tindakan kerajaan negeri Selangor yang
lebih mendahulukan agenda-agenda lain sepanjang tempoh PKR memegang kuasa
daripada mendahulukan kehendak rakyat di negeri ini.
“Apa yang saya lihat, Tan Sri Khalid terlalu banyak mendahului
kepentingan politik parti sehingga segala-galanya menjadi sukar. Bahkan,
perkara-perkara yang mendahului kepentingan rakyat juga tidak dapat didahulukan
kerana terlalu lebih berpolitik. Hari ini, beliau memperkudakan exco-exconya
untuk menjawab isu rumah kos rendah ini untuk menutupi kelemahan kerajaan
pimpinannya.
“Bagi saya, jika benar kerajaan negeri yang ditadbir oleh PKR ini
benar-benar berjuang untuk rakyat, sepatutnya mereka dahulukan pembinaan rumah
kos rendah ini untuk rakyat miskin di negeri ini dan bukannya mendahulukan
perkara-perkara lain yang ada kepentingan untuk survival politik mereka,”
ujarnya.
Bagaimaana pun menurut beliau sudah menjangkakan bahawa kerajaan
negeri akan mengumumkan sesuatu berkenaan isu rumah kos rendah ini apabila PRU
sudah hampir menjelang tiba tidak lama lagi.
“Ini semua bagi saya satu kenyataan politik untuk memancing undi rakyat.
Kononnya, kini kerajaan negeri sedang bergerak ke arah itu untuk menyelesaikan
segala janji-janji mereka untuk membina rumah kos rendah tersebut. Padahal,
mereka boleh dahulukan pembinaan rumah kos rendah ini sejak dari awal mereka
memegang pentadbiran negeri, namun tidak pun mereka lakukan,” jelasnya.
Beliau menyeru agar rakyat Selangor supaya tidak terus tertipu
dengan helah dan muslihat politik kerajaan PKR yang cuba membodoh dan
memperbudak-budakkan rakyat di negeri ini.
“Ketika BN memerintah dulu, kita akan kenakan syarat kepada setiap
pemaju perumahan untuk bina beberapa lot rumah kos rendah di dalam setiap
projek perumahan mereka itu. Itu adalah syarat yang diberikan oleh kerajaan BN
kerana kami mahukan rakyat berpendapatan rendah dan sederhana di Selangor,
mampu untuk memiliki rumah yang selesa untuk tempat tinggal mereka.
“Namun, saya tak pasti, apakah prosedur kerajaan Selangor hari ini
dalam perkara ini,” katanya lagi.
Sumber: MalaysianView
3:48 PM
seharusnya kehendak rakyat diutamakan
3:52 PM
seharusnya kehendak rakyat diutamakan
Rumah Dijual