Khalid Ibrahim Gelabah ..... Slogan 'Mesra Rakyat' Hanya Retorik Semata-Mata



Pentadbiran kerajaan negeri yang sering melaungkan slogan ‘Mesra Rakyat’ hakikatnya hanya sekadar retorik politik, kerana apa yang dilaungkan indah khabar dari rupa.

Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Satim Diman berkata, mengambil contoh dalam manifesto pakatan pembangkang pada Pilihan Raya Umum ke-12 yang lalu, mereka mengatakan mahu memberikan perkhidmatan perubatan percuma kepada rakyat Selangor yang berumur 65 tahun ke atas, tetapi hari ini kita lihat, dalam 15 peratus yang menghadapi darah tinggi, kencing manis dan jantung, yang memerlukan kos perubatan yang tinggi, namun kerajaan negeri tidak menunaikan janji untuk membantu golongan ini.

“Kalau benar mereka ada membantu, sila kemukakan bukti. Namun saya lihat ianya sekadar janji manis dalam manifesto mereka sehingga berjaya meraih sokongan rakyat dalam PRU12 yang lalu.

Inilah kelemahan kerajaan negeri sekarang, dalam masa yang sama kita melihat  bahawa mereka ini hanya mentadbir hanya untuk mendapatkan kekayaan. Kita tengok penjualan harta-harta negeri Selangor ini semakin banyak sejak kebelakangan ini,” ujarnya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Kunci Klinik 1Malaysia, Taman Sri Serdang di sini hari ini.
 
Tambahnya, tanah-atanah anak syarikat kerajaan negeri semakin banyak yang dijual, malah kita juga boleh menyaksikan gelombang kebangkitan rakyat seperti isu PKNS, begitu juga gelombang bantahan terhadap pentadbiran kerajaan negeri yang menjual tanah dan aset Selangor yang semakin tidak terkawal sekarang.  

“Saya juga sedang mengenal pasti satu kawasan seluas (kalau tak silap) 12 atau 15 ekar di Bandar Bukit Puchong, yang dahulunya digazetkan sebagai kawasan lapang dan pusat rekreasi sukan, tetapi sekarang difahamkan kawasan ini telah pun diswastakan dan pembinaan pusat sukan lebih kecil dari yang sepatutnya.

Mereka (kerajaan negeri) lebih suka membuat pusat-pusat perniagaan, bila buka pusat perniagaan ini, kedai dijual dengan begitu mahal dan apabila kedai itu dah siap, kita lihat di dalam pekan kecil pun sekarang ini dah ada bajet hotel dan pusat-pusat hiburan. Apa maknanya ini?, ini tak mesra rakyat langsung, tetapi macam mengalakkan gejala-gejala sosial” ujarnya yang juga ADUN Seri Serdang.

Inilah yang dikatakan pentabiran tidak mesra rakyat dan pentadbiran yang hanya menguntungkan mereka semata-mata, tidak mendatangkan keuntungan pada rakyat.
Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

63 Komen

Post a Comment