Nurul Izzah, Ahli Parlimen PKR Lembah Pantai yang juga adalah anak
perempuan kepada Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim kelihatan semakin kepanasan
apabila kenyataannya dalam forum bertajuk "Negara Islam: Versi Mana; Siapa
Bertanggungjawab?" terus mengundang bantahan umat Islam.
Forum tersebut yang dianjurkan oleh Oriental Heart And Mind Study
Institute (OHSMi), sebuah pergerakan Kristian dan diadakan di Gereja Full
Gospel Tabernacle, USJ pada Sabtu lepas itu turut dihadiri oleh Pengerusi
Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa.
Jika para pembaca melawat laman web OHSMi di http://www.ohmsi.net
dan klik pada tab 'Contact Us', di bawahnya akan terpampang matlamat pergerakan
tersebut yang menyebut;-
"Our goal is to create frameworks for dialogue and engagement
where followers of Jesus Christ and members of society become relevant and
significant in the public space of national life".
Tampak jelas matlamat utama OHSMi adalah untuk mengetengahkan
peranan penganut Kristian dan mengembangkan pengaruh mereka dalam ruang lingkup
masyarakat negara ini.
Namun disebalik itu semua apa pula motifnya kehadiran Nurul Izzah
dan Mujahid di acara tersebut? Kedua-duanya bukannya pengikut Jesus Christ, dan
diketahui umum lahir sebagai muslim.
Nak dikatakan kedua-dua pemimpin politik dari PKR dan PAS itu
datang berdakwah kebenaran Islam dalam Gereja Full Gospel Tabernacle,
realitinya tak pula begitu.
Sebaliknya, Nurul Izzah dalam jawapan kontroversinya kepada satu
pertanyaan dari hadirin mengakui hak kebebasan agama tidak sepatutnya hanya
terhad pada orang bukan Melayu.
Dengan kata lain, sepertinya secara sedar Nurul Izzah bersetuju
bahawa orang Melayu Islam juga perlu diberi hak sama rata untuk bebas menganut
agama lain sama seperti orang bukan Melayu.
Kesan sikap tidak cermat anak perempuan Anwar itu, besar impaknya
pada umat Islam khususnya orang Melayu Islam sekiranya hak kebebasan beragama
disalah tafsir, tak mustahil akan wujud lebih banyak kes seumpama kes murtad
melibatkan seorang perempuan Melayu keturunan Jawa bernama Azlina Jelani
ataupun juga dikenali sebagai Lina Joy.
Satu kebetulan, ringkasan pengenalan berkaitan forum tersebut
seperti yang terpampang dalam laman web OHSMi juga seperti bersimpati dengan
kegagalan permohonan Lina Joy untuk menukar agamanya kepada Kristian.
Penglibatan Nurul Izzah ke forum sedemikian tidaklah terlalu luar
biasa memandangkan pendirian ayahnya sendiri yakni Anwar Ibrahim dalam kes Lina
Joy agak condong untuk menyokong permohonan Lina Joy untuk bebas menukar identiti
dan agamanya.
Namun, pembabitan pemimpin PAS seperti Mujahid Yusof, anak lelaki
kepada bekas Mursyidul Am PAS yang pertama, Yusof Rawa membuktikan pendirian
PAS dalam isu murtad sudah semakin longlai.
PKR yang sekian lama berpegang pada prinsip liberal dan
pluralisme, kini semakin liberal manakala PAS pula hari demi hari kian
terpengaruh dengan dasar PKR. Demi kerana kemaruk mengejar kuasa PAS sepertinya
tidak kisah untuk berubah menjadi liberal. Undi dikejar, agama digadai. (BB)
8:23 PM
iTot coach factory
sRon ugg boots uk
lEte michael kors purse
2jRgn ugg boots sale
2rQzj chi flat iron
3kXtc michael kors purses
9nGbu nike nfl jerseys
4pPzo coach outlet
3kTxx north face outlet
8vYvj comprar ugg online
8rWfs ghd pink
3aPvr michael kors purse
8qUqi nfl shop canada
4hEqf plancha ghd
6mElk ugg store
6:14 PM
Hello. And Bye.
6:20 PM
Hello. And Bye.
8:30 PM
Hello. And Bye.
8:36 PM
Hello. And Bye.
11:46 AM
Prior to bed furniture, eat lots of slim health proteins, together with omega-3 fatty acids. Your system needs slim health proteins for all the proteins it supplies the body for growth. Fish oil is needed because it can slow your body's ingestion on this protein to ensure that it may have a beneficial nitrogen equilibrium for a longer time frame during the night. [url=http://www.ss12w12ws.info]Microecw2347[/url]