Usah Temberang Beri Pendidikan Percuma Jika Tadbir UNISEL Pun Gagal


Penganalisis politik tempatan, Prof Dato Zainal Abidin Borhan berpendapat bahawa kerajaan Selangor gagal dalam menjalankan amanah rakyat dalam mengurus tadbir negeri berikutan laporan audit yang melaporkan kerugian yang dialami oleh beberapa institusi di bawah seliaan kerajaan negeri.

Beliau mengambil contoh  Universiti Selangor (UNISEL) yang dilaporkan mengalami kerugian akibat kemerosotan pelajar sehingga mengalami krisis kewangan yang meruncing.

“Kerugian yang ditanggung oleh UNISEL itu jelas membuktikan bahawa pendidikan percuma seperti mana yang dicadangkan oleh Pakatan Pembangkang selama ini tidak boleh dilaksanakan. Ini kerana, soal pendidikan memerlukan dana yang besar untuk menampung kos-kos pembelajaran, bukan hanya melibatkan kos pelajar sahaja, tetapi keseluruhan kos pembelajaran seperti gaji kakitangan, penyelenggaraan dan sebagainya.

“Baru-baru ini, penjelasan menteri Pengajian Tinggi juga membuktikan bahawa negara Turki seperti yang didakwa oleh Pakatan Pembangkang memberikan pendidikan percuma kepada pelajar pengajian tinggi itu tidak benar. Turki hanya memberikan pendidikan percuma di peringkat menengah tetapi tidak kepada pelajar-pelajar di peringkat pengajian tinggi,” ujarnya.

Menurutnya lagi, kerajaan Selangor perlu menukar cara dan corak pentadbiran mereka dalam mengurus UNISEL bagi memastikan institusi pengajian tersebut tidak terus mengalami kerugian.

“UNISEL merupakan sebuah entiti perniagaan, jadi kelangsungan universiti tersebut bergantung kepada hasil berdasarkan berapa ramai pelajar yang menuntut di situ. Bagi saya, sekiranya kerajaan Selangor tidak dapat mengatasi atau memperbaiki masalah pengurusan di situ, adalah lebih baik UNISEL itu ditutup saja,” tegas beliau.

Sumber: GPRS
Tags: ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

4 Komen

Post a Comment