DAP Chauvinist - Pemilihan Buktikan Mereka Sendiri Tolak Malaysian Malaysia- Lokman Noor Adam


Selepas Singapura Keluar Dari Malaysia pada 9hb Ogos, 1965, satu cubaan untuk menubuhkan PAP telah dibuat ahli PAP di Semenanjung iaitu Devan Nair, malangnya ianya telah gagal. Ini telah membawa kepada penubuhan Parti Tindakan Demokratik (DAP) pada 18hb Mac, 1966 yang telah menukar semua cawangan PAP di Semenanjung kepada DAP. DAP sebelum ini terkenal dengan konsep Malaysian Malaysia (Malaysia Untuk Semua Rakyat Malaysia).

EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Lokman Noor Adam berkata, sungguhpun begitu, keputusan Pemilihan AJK Pusat DAP 2012 pada hujung minggu lalu merupakan isyarat jelas bahawa ahli-ahli DAP sendiri menolak Malaysian Malaysia dan secara terang-terangan menunjukkan sikap chauvinist serta kebencian mereka kepada bangsa Melayu. Slogan mereka bahawa DAP anti kronisme dan nepotisme juga ternyata meleset belaka.

Jika DAP benar-benar terbuka dan berjuang untuk semua kaum, masakan Lim Kit Siang bisa mendapat 1,607 undi untuk merebut 20 Kerusi AJK DAP Pusat dan calon-calon Melayu yang bertanding jawatan yang sama mendapat undi yang sangat sedikit (AHMAD TON - 347, PROF DR ARIFFIN OMAR- 348,
HARUN BIN AHMAD - 28, SULAIMAN SYED IBRAHIM - 98, TENGKU ZULPURI SHAH 121, ZAIRIL KHIR JOHARI - 305, ZULKIFLI MOHD NOOR - 216, ROSELI ABDUL GANI- 39).

“Walaupun Lim Guan Eng cuba menunjukkan bahawa DAP tidak membenci bangsa Melayu dengan menggunakan Bahasa Malaysia sepanjang kongres tersebut, tetapi keputusan pemilihan tersebut memberikan gambaran jelas isi hati sebenar ahli-ahli DAP keseluruhannya. Jika Melayu yang di dalam DAP itu sendiri mereka benci dan tidak percaya, maka tidak salahlah jika ada yang beranggapan bahawa PAS dan PKR hanya kuda tunggangan DAP.

Keputusan Pemilihan DAP ini juga memberikan isyarat jelas bahawa DAP, bukan untuk semua kaum, tatapi untuk keluarga dan kroni. Kemenangan Dinasti Lim, iaitu gandingan Kit Siang (bapa) ditempat pertama dan Guan Eng (anak) ditempat kedua  serta Karpal (bapa) ditempat ketiga dan Gobin (anak) ditempat kelapan membuktikan bahawa DAP juara nepotisma mengatasi PKR. Jika PKR ada Anwar (Bapa) sebagai Ketua Umum, Wan Azizah (Emak) sebagai Presiden dan Nurul Izzah (Anak) sebagai Naib Presiden, DAP mempunyai dua keluarga yang menguasai parti tersebut,” ujarnya mengulas mengenai pemilihan DAP baru-baru ini.

Tambahnya, dalam usaha mengukuhkan amalan kronisma, DAP juga dilihat tidak mahu ketinggalan. Jika Anwar mengangkat Setiausaha Sulitnya, Azmin Ali sebagai Timbalan Presiden PKR, Guan Eng pula melantik Setiausaha Politiknya, Zairil Khir Johari sebagai AJK DAP Pusat.

Lengkaplah sudah segala bukti dan hujah bagi membuktikan pendirian sebenar DAP yang membenci bangsa Melayu dan pengamal nepotisma serta kronisma tegar. Kini terpulanglah kepada rakyat untuk membuat penilaian.  Jika apa yang berlaku semasa Kongres DAP minggu lalu belum cukup meyakinkan anda, ingat semula insiden-insiden berikut: Pertama, Teresa Kok mendesak azan diperlahankan di Bandar Kinrara dan tulisan Jawi dihapuskan pada nama-nama jalan di Kuala Lumpur.

Kedua, DAP Penang menghapuskan tulisan Jawi pada papan tanda di Penang. DAP terang-terangan menolak negara ini sebagai Negara Islam dan  menegaskan Malaysia negara sekular. Dalam masa yang sama, Nga Kor Ming- persenda ayat-ayat suci Al Quran berulang kali dalam ceramahnya.

DAP mahu Dasar Ekonomi Baru dihapuskan dan dilaksana dasar sama rata semua kaum dan DAP mahu kurangkan jumlah penjawat awam yang rata-ratanya Melayu,”ujarnya lagi.

Dalam masa yang sama, DAP Selangor juga mengatakan Beer bukan arak dan minta penjualan diteruskan di kawasan Melayu selain DAP di Pulau Pinang telah menghapuskan portfolio agama Islam.

“Anthony Loke juga pernah mengatakan Islam "FUCKING RELIGION" dan mencerca Riduan Tee. DAP turut mendesak wang Baitulmal Selangor diberi kepada bukan Islam dan Karpal Singh sendiri  menderhaka pada  Raja Melayu dengan mahu menyaman Sultan Perak. Jika nak disenaraikan kesemua perbuatan DAP yang jelas, menguriskan hati orang Melayu, 3 hari 3 malam pun tidak mungkin habis.  Apapun, saya tidak akan lupa peranan utama DAP dalam mencetuskan tragedi 13 Mei,” ujarnya yang juga mantan Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Nasional.
Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment