Gerakan Prihatin Rakyat Selangor
(GPRS) menyifatkan kenyataan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang
sanggup menunggu sehingga 100 tahun untuk menyelesaikan isu air walaupun
Selangor diancam krisis bekalan air menjelang 2015 sebagai angkuh dan
pentingkan diri sendiri.
Pengerusinya, Dato’ Sohaimi Shahadan
berkata, pendirian itu senada dengan kenyataan Presiden Persatuan Pengguna
Subang dan Shah Alam (CASSA), Datuk George bahawa Abdul Khalid lebih
mengutamakan politik daripada kepentingan rakyat seperti yang disiarkan dalam
akhbar semalam.
Isu air bukan perkara yang boleh
diambil mudah tetapi Abdul Khalid menganggapnya sebagai satu mainan pakatan
pembangkang yang memerintah Selangor untuk mengekalkan kuasa mereka pada
pilihan raya umum akan datang.
“GPRS kesal kerana mempunyai pemimpin
yang ‘singkat akal’ kerana sering mengeluartkan kenyataan-kenyataan sempit dan
mengelirukan semata-mata mahu menghalalkan keputusan bodoh yang dibuat oleh
beliau dan exco kerajaan negeri.
Sebelum ini GPRS mengetuai perjuangan
rakyat menuntut air percuma 20 meter padu pertama setiap bulan kepada rakyat seperti
yang dijanjikan pada pilihan raya umum yang lalu, tetapi Abdul Khalid dengan
angkuh mengatakan bahawa manifesto pilihan raya itu bukan janji yang perlu
dilunaskan,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.
Daripada kenyataan itu rakyat perlu
sedar bahawa kerajaan negeri sekarang langsung tidak boleh dipercayai dan tidak
perlu dipilih lagi pada pilihan raya umum akan datang kerana semua janji yang
dilaungkan hanya janji palsu semata-mata.
“Setakat hari ini, 6,000
saman telah difailkan dan masih ada banyak lagi dalam senarai menunggu, semua
daripada rakyat Selangor yang tidak puas hati kerana tidak menerima air percuma
seperti dijanjikan. Saya percaya jumlah saman itu boleh mencecah sehingga
50,000 kerana ramai rakyat Selangor yang tidak menikmati air percuma itu sejak
pakatan rakyat menguasai negeri ini.
GPRS juga mendedahkan mengenai
kekurangan bekalan air terawat terutama di beberapa kawasan di Selangor akibat
pertambahan penduduk tetapi Abdul Khalid dan exco tetap berdolak-dalik
mengatakan bekalan air mentah masih mencukupi.
Itu membuktikan bahawa Abdul Khalid
dan barisan exco yang dilantik hanya ‘tahu bercakap tetapi tidak tahu membuat
kerja’ kerana rakyat memerlukan bekalan air air terawatt, bukannya air mentah.
Abdul Khalid boleh menggunakan air mentah dari sungai Klang sekiranya beliau
mahu tetapi rakyat Selangor mahukan air terawat daripada loji-loji rawatan
sedia ada,” tambahnya.
Dalam isu air ini, bukan rakyat yang
tidak faham tetapi Abdul Khalid dan barisan exconya.Ini kerana GPRS mendedahkan
bahawa beberapa empangan di negeri ini mengalami penyusutan air sebanyak 40
peratus dan memberi implikasi kepada pengguna di Lembah Klang.
Tetapi malangnya Abdul Khalid langsung
tidak mencari penyelesaian jangka panjang sebaliknya memberi kenyataan retorik mengatakan
bahawa kerajaan negeri akan menggunakan teknologi membrane untuk membenihkan awan,
kerana cadangan itu hanya sesuai untuk mengatasi masalah jerebu.
Bagi mengatasi krisis air 2015,
kerajaan Pusat bercadang untuk membina Loji Langat 2 dengan membawa bekalan air
mentah dari Pahang namun projek ini mendapat tentangan daripada kerajaan negeri
pimpinan Selangor yang melaungkan konsep Negeri Berkebajikan itu.
Mereka langsung tidak memikirkan
implikasi lebih besar terhadap pengguna sebaliknya lebih ghairah untuk
menguasai kepentingan dalam Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) yang sebelum
ini terbukti menjalankan tugas dengan baik dalam menyediakan perkhidmatan air kepada
rakyat.
Lebih memalukan apabila bekas ahli
korporat itu mahu membawa air dari Tasik Kenyir sedangkan kosnya jauh lebih
tinggi berbanding membawa air dari Pahang, mereka juga enggan untuk berbincang
dengan kerajaan Pusat untuk mencari jalan penyelesaian yang terbaik.
Sudah tentu kerajaan negeri tidak
berminat untuk menyelesaikan masalah ini kerana tempoh pemerintahan tinggal
bebarapa bulan sahaja lagi dan GPRS
menasihati rakyat agar tidak memberi mandat kepada kerajaan yang bodoh sombong
ini.
Buatlah keputusan yang tepat pada
pilihan raya umum akan datang ini kerana kesilapan memberi mandat kepada parti
yang tidak tahu mentadbir membawa padah yang buruk. Ini bukan masa untuk
bereksperimen lagi kerajna kerajaan negeri sedia ada sudah terbukti gagal.
0 Komen