Barisan Nasional (BN-Selangor) yakin
akan dapat memenangi 30 kerusi dalam Pilihan Raya Umum ke-13 tidak lama lagi.
Timbalan Pengerusi BN
Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, keyakinan itu adalah berdasarkan pelbagai
program yang telah dilaksanakan.
Menurutnya, dengan isu air
yang semakin serius antara faktor rakyat sudah beralih kpada BN.
"Kita yakin untuk
menang sekurang-kurangnya 30 kerusi untuk menawan kembali Selangor. BN juga
sudah bersedia untuk hadapi pilihan raya seolah-olah PRU13 akan berlaku hari
esok," katanya kepada media sempena mengiringi Timbalan Perdana Menteri,
Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam lawatan ke
Sekolah Kebangsaan Alam Megah Dua semalam.
Sementara itu, Noh turut
mengulas berkenaan isu air yang melanda negeri itu dan menyifatkan kerajaan
negeri bersikap tidak acuh dalam menyelesaikan kemelut tersebut.
"Kerajaan negeri
seolah-olah tidak serius. Kerajaan persekutuan sudah mewujudkan jawatankuasa
khas bagi memantau kemelut air," katanya.
Kata beliau, apa yang
dilakukan kerajaan hari ini adalah perancangan jangka panjang.
"Kita berfikir
sehingga tahun 2020, tidak seperti kerajaan negeri yang hanaya berfikir untuk
jangka pendek.
"Jika kerajaan negeri
tetap berdegil, tiada pelabur untuk Selangor dan boleh menyebabkan negeri
menjadi mundur," katanya.
0 Komen