Jais Tarik Diri Hak Dia Sebagai Calon, Undi Blok… Mana Ada? - Maliki

 
Keputusan menarik diri adalah hak calon itu sendiri dan borang penarikan diri juga disahkan oleh jawatankuasa pemilihan. Mengapa Jais mengundurkan diri pada saat-saat terakhir pemilihan, juga tidak tahu apa sebabnya malah menafikan kewujudan undi blok ……
"Saya tidak tahu berkenaan undi blok seperti didakwa. Soal sokongan juga adalah bergantung kepada perwakilan sendiri dan setiap perwakilan pastinya mempunyai pandangan serta keputusan masing-masing.
 
"Sekiranya ada ugutan seperti yang didakwa dan boleh mengancam keselamatan beliau boleh melaporkan kepada pihak berkuasa," Ujar Presiden MBM, Mohamed Maliki Mohamed Rapiee.
Mohamed Maliki berkata, hal ini tidak perlu disensasikan dan tidak wajar bagi calon itu membuat kenyataan di luar.
Pada pemilihan MBM semalam, penyandang Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Mohamed Maliki Mohamed Rapiee mengekalkan jawatan itu buat penggal 2012-2014 apabila menang tanpa bertanding.
Manakala Muammar Ghadafi Jamal dari Gerakan Belia 4B Malaysia dilantik secara automatik sebagai timbalan presiden.
Pemilihan anggota jawatankuasa MBM, yang diadakan sempena mesyuarat perhimpunan agung tahunan ke-61 majlis itu di Subang Jaya, juga menyaksikan tiada pertandingan bagi merebut jawatan setiausaha agung dan bendahari kehormat.
Jawatan Setiausaha Agung disandang Mohd Zaidi Aziz (Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia) manakala N Mahendran (Majlis Belia Hindu Malaysia) dilantik Bendahari Kehormat.
Turut dilantik ialah Khairul Anwar El Syazalli Musa (Majlis Belia Perak) selaku Pengerusi Tetap manakala jawatan Timbalan Pengerusi Tetap dimenangi K. Murali (Majlis Kelab Bell Belia Tamil Malaysia).
Sementara itu, jawatan Naib Presiden diisi tiga nama iaitu Low Eng Tack (Gerakan Belia Bersatu Malaysia), Manndzri Nasib (Majlis Belia Felda Malaysia) dan Nasrul Ahmad (Majlis Gabungan Belia Melaka).
Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment