Kalimah Allah : Pas Akan Akur Desakan DAP, Ketepikan Pendirian Majlis Syura


Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Noh Omar yakin Pas akan akur dengan desakan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang mahu parti Islam itu tidak mengingkari kesepakatan yang dipersetujui.
Menurutnya, Pas mungkin akan akur walaupun dalam keadaan terpaksa untuk menurut kesepakatan Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Pembangkang pada 8 Januari lalu yang membenarkan kalimah ALLAH digunakan untuk bukan Islam.
"Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai Presiden Pas akan ikut desakan itu kerana mahu pastikan Pas terus berada dalam pakatan pembangkang walaupun terpaksa membelakangkan prinsip perjuangan mereka.
"Saya lihat pemimpin Pas itu akan menurut desakan dan telunjuk Karpal walaupun sebelum ini keputusan Majlis Syura Pas jelas bertentangan dengan pendirian yang sudah disepakati. Hadi pastinya tidak berani menolak desakan itu kerana tanpa DAP, Pas tidak akan menang dalam Pilihan Raya Umum," katanya di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas isu Karpal Singh yang mendesak Pas kaji semula keputusan berhubung penggunaan kalimah ALLAH seperti yang disepakati bersama parti pembangkang lain.
Berdasarkan beberapa isu sebelum ini ternyata Pas sentiasa akur dengan kehendak dan tekanan rakan pakatan mereka termasuklah menukar perjuangan negara Islam yang selama ini dipegang kepada perjuangan negara Kebajikan.
Malah pelaksanaan hukum hudud turut diketepikan dalam Buku Jingga di mana buku itu telah diangkat sebagai satu perjuangan bersama dalam pakatan pembangkang.
Noh yang juga menterinya berkata, setakat ini banyak bantuan disalurkan kepada nelayan termasuk bantuan baik pulih rumah dengan nilai maksimum RM10,000.
Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment