Kemelut Terkini Selangor: KUIS Bukti Kelemahan Kerajaan Pakatan


`KUIS: Tenang Dalam Gelora'
Tindakan 200 orang ahli akademik dan kakitangan KUIS menghantar memorandum kepada Rektornya merupakan kemuncak kepada kegagalan demi kegagalan pentadbiran regim pakatan DAP, PKR dan Pas di Selangor.

Pengerusi Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun Khairuddin berkata, setelah Yayasan Selangor merobohkan asrama pelajar miskin di Kg Pandan, UITM Selangor tidak diluluskan pembinaannya, UNISEL mengalami kerugian puluhan jutaan ringgit, kini KUIS pula menerima bahana kelemahan pentadbiran Khalid Ibrahim.

“Kakitangan mana yang tidak marah bila sudah 2 tahun gaji tak naik, elaun sudah 6 bulan tidak dibayar dan kebajikan kakitangan diabaikan - ini lah antara bunyinya memorandum yang diserahkan oleh ahli akademik dan kakitangan KUIS,” ujarnya mengulas kemelut baru yang melanda pentadbiran kerajaan pakatan di Selangor.

Sehubungan dengan itu, GAPS mendesak empat perkara wajar dilakukan untuk menyelesaikan kemelut di KUIS.

Pertama, DYMM Sultan Selangor wajar campur tangan kemelut yang semakin serius ini kerana KUIS dibiayai sepenuhnya oleh MAIS.

Dalam masa yang sama, sebuah Jawatankuasa bebas harus dibentuk untuk menyiasat segala perkara yang dimajukan oleh memorandum yang diserahkan.

“Rektor KUIS harus bersikap lebih mesra rakyat dengan menggunakan pendekatan dialog dan berhemah dalam menangani setiap masalah dan polemik yang timbul dan sebarang proceeding disiplin yang sedang dibuat sekarang terhadap mereka yang menandatangani memorandum itu harus ditarik balik dan dihentikan sama sekali.

Nampaknya, Khalid Ibrahim sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah KUIS hanya mengoyangkan kaki. Tatkala MAIS sentiasa memberikan bantuan kewangan kepada KUIS yang sudah mencecah hampir ratusan juta ringgit, malang sekali kerajaan negeri Selangor langsung tidak memberikan sebarang peruntukan kewangan kepada KUIS dalam masa empat tahun ini. Kenapa? Mungkinkah disebabkan KUIS mempunyai objektif mahu memartabatkan tamaddun Islam? Sudah terang lagi bersuluh, adakah kerajaan Pakatan Dap, Pkr dan Pas anti tamaddun Islam?,” tambahnya.

KUIS satu lagi episod sedih rakyat yang trajis dengan kelemahan pentadbiran kerajaan negeri pimpinan pakatan PKR, DDAP dan Pas. Boleh dirumuskan kerajaan pakatan selangor ini gagal dalam semua bidang yang diuruskan di Selangor termasuk pendidikan.



Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

1 Komen

  1. Anonymous
    11:26 AM

    Konvo camne ekkk? alamat tak merasa lerrr !!

Post a Comment