SIARAN
AKHBAR
Krisis air: Sikap MB berpolitik sukarkan lagi keadaan
Sikap Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
yang lebih suka berpolitik daripada menyelesaikan masalah akan merumitkan lagi
krisi air yang melanda Lembah Klang sejak seminggu lalu.
Ketika pengguna dan rakyat berhadapan kesukaran
mendapatkan air, Abdul Khalid masih lagi bersandiwara menuding jari menyalahkan
pihak lain, bijak memusingkan cerita untuk lari daripada masalah sebenar.
Sepatutnya dalam keadaan sekarang, Abdul Khalid
mengemukakan pelan konkrit jangka pendek dan jangka panjang untuk menyelesaikan
krisis tersebut tetapi malangnya sehingga kini beliau hanya menjadikan Syarikat
Bekalan Air Selangor (Syabas) sebagai kambing hitam.
Syabas dijadikan sasaran kerana enggan mengikut
telunjuk kerajaan pakatan pembangkang yang lebih ghairah mahukan penstrukturan daripada
memikirkan keperluan rakyat, dan tekanan terus diberikan seolah-oleh syarikat
konsesi air itu sebagai punca masalah.
Salah satu taktik ketrajaan pakatan pelbangkang
ialah mempengaruhi rakyat yang menjadi mangsa keadaan untuk mengemukakan saman
kepada Syabas, sedangkan beliau sepatutnya menjalin kerjasama erat dengan
Syabas untuk member perkhidmatan terbaik kepada rakyat.
Saya difahamkan Syabas sebelum ini sudah beberapa
kali memberi laporan mengenai keperluan untuk membaiki paip-paip lama dan memperbaiki
infrastruktur termasuk pam-pam air demi manfaat pengguna, tetapi tidak
diendahkan kerajaan negeri kerana kepentingan politik.
Lebih malang, Kerajaan Selangor pimpinan PKR telah
menghalang pemberian dana modal (Capex)
menyebabkan Syabas mengalami kesukaran untuk mengganti paip-paip lama dan
memperbaiki rumah pam serta loji, apa lagi untuk membina rumah pam yang baru.
Ini semua cerita lama yang didendangkan semula oleh
Abdul Khalid untuk memperlihatkan kelemahan Syabas dan sekiranya rakyat
mempercayai tohmahan tersebut, mudah untuk beliau mendapat sokongan politik dan
seterusnya mengekalkan penguasaan pembangkang di Selangor!
Baru-baru ini Abdul Khalid dilaporkan berkata, jika
Syabas tidak cukup duit untuk membaiki pam air dengan alasan tidak cukup duit,
Syabas serahkan sahaja konsesi air kepada kerajaan negeri.
Sangat dangkal kenyataan Abdul Khalid itu kerana
Syabas sebelum ini pernah membuat kenyataan bahawa kebanyakan loji rawatan air
dan rumah pam di negeri ini sudah lama dan ada di antaranya beroperasi melebih
had. Jika pam tersebut rosak, akan menjejaskan ribuan pengguna.
Mahu tidak mahu, Syabas terpaksa membenarkan operasi
rumah pam tersebut walaupun berhadapan risiko kerana mahu memastikan penduduk
di Lembah Klang terus mendapat bekalan air bersih.
Akhirnya kerisauan yang dibangkitkan Syabas itu
berlaku juga. Baru dua rumah pam tidak beroperasi, hampir 100,000 pengguna
menjadi mangsa. Sedangkan pada 2009 Syabas pernah mengemukakan cadangan untuk
membina rumah pam baru tetapi tidak diendahkan kerajaan negeri.
Sangat jelas bahawa krisis air di negeri ini sengaja
dipolitikkan kerana Abdul Khalid sebenarnya tidak ada idea untuk menyelesaikan
isu ini. Idea-idea yang diberikan Abdul Khalid kebanyakannya mengarut dan tak
masuk akal termasuklah mahu menggunakan air dari Sungai Klang dan menggunakan
teknologi membrane.
Di manakah ego Abdul Khalid yang mengaku tokoh
korporat yang hebat tetapi tidak ada idea bernas untuk memastikan kelangsungan
bekalan air bersih kepada penduduk di negeri Selangor?
Malang bagi rakyat di negeri ini kerana mempunyai
pemimpin yang hanya tahu bercakap tetapi sebenarnya kekeringan idea dan paling
teruk, bodoh sombong kerana tidak ada langkah penyelesaian terhadap krisis air
ini.
Bukan hendak menyebelahi Syabas tetapi syarikat
konsesi air air itu sudah beri yang terbaik untuk keselesaan pengguna. Rakyat
perlu ambil iktibar daripada malapetaka pengambilalihan Alam Flora yang
menyebabkan pengurusan sampah di negeri ini menjadi huru-hara.
Itupun selepas seminggu krisis berlaku baru Abdul
Khalid hendak bersuara. Sebelum ini beliau membenarkan barisan exconya membuat
kenyataan membujta tuli dan kemudian barulah beliau tampil membuat penjelasan.
Nampak sangat Abdul Khalid tidak serius menangani
krisis air ini yang memerlukan tindakan segera daripada pemimpin nombor satu
negeri, bukannya membiarkan masalah ini berlarutan begitu sahaja.
Paling melucukan apabila Setiausaha Politik Menteri
Besar, Faekah Husin yang mahu member kenyataan kerajaan negeri akan menghantar
tujuh buah lori tangki untuk diagihkan kepada pendudk di kawasan terjejas.
Saya hendak bertanya kepada Faekah: Cukupkan tujuh
lori tangki itu untuk mengatasi keperluan 100,000 pengguna yang terjejas di
Lembah Klang? Kalau tidak tahu, lebih
baik berdiam diri.
Saya
syorkan Faekah turun padang
dan melihat sendiri keperitan yang terpaksa dihadapi oleh pengguna. Jangan
hanya tahu bercakap sahaja. Tujuh lori tangki itu letakkan sahaja di depan
rumah MB, bimbang jika tidak ada air nanti susah Abdul Khalid hendak pergi
kerja.
Cadangan
itu langsung tidak praktikal kerana saya difahamkan pihak berkuasa tempatan
(PBT) tidak mempunyai lori tangki dan jika PBT diarahkan berbuat demikian,
mereka perlu menyewa lori tangki daripada pihak lain. Sudah tentu kapasitinya
tidak sama seperti yang dimiliki oleh Syabas.
Justeru
dalam perkara ini, kerajaan negeri usah berlagak seperti ayam jantan yang hebat
berkokok tetapi ekor bergelumang tahi. Keperluan rakyat perlu didahulukan,
politik diketepikan.
GPRS
menggesa Abdul Khalid menyelesaikan masalah air ini secara keseluruhan kerana
tidak mustahil akan berulang kembali pada masa hadapan. GPRS tidak akan
teragak-agak untuk membuat himpunan secara besar-besaran bagi menunjukkan
kepada rakyat bahawa kerajaan negeri sedia ada tidak pernah prihatin dengan
masalah rakyat.
Justeru
rakyat perlu membuat pilihan yang tepat pada pilihan raya umum akan datang.
Selangor perlukan perubahan, kita tidak boleh berharap kepada pemimpinan yang
lemah dan perlu meletakkan titik noktah kepada pentadbiran pakatan pembangkang
yang hanya ‘tahu cakap tapi tak tahu buat.’
DATO’ SOHAIMI SHAHADAN
PENGERUSI
GPRS
0 Komen