Isu Kalimah Allah : Hadi arah pemimpin Pas tutup mulut


Presiden Pas, Datuk Seri Hadi Awang didakwa mengarahkan pemimpin kanan parti itu supaya 'menutup mulut' berhubung isu penggunaan kalimah Allah dalam Bible versi Melayu.

Arahan itu dikatakan dikeluarkan pada mesyuarat Dewan Harian Pas Pusat di sini malam kelmarin, dipercayai untuk meredakan ketidaksepakatan pemimpin Pas berhubung isu berkenaan.

Difahamkan, arahan itu ada kaitan kenyataan bercanggah Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib dengan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu dan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Dr Mujahid Rawa.

Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar pada sidang media berasingan di Ibu Pejabat Pas, di sini semalam, turut keberatan mengulas kenyataan Harun bahawa penggunaan kalimah Allah hanya khusus untuk umat Islam.

Salahuddin pada sidang media mengenai tindakan undang-undang bakal diambil terhadap projek Pembangunan Bersepadu Petrokimia (RAPID) di Pengerang, Johor, berkata Abdul Hadi yang mempengerusikan mesyuarat itu akan menyatakan pendirian Pas mengenai kalimah Allah tidak lama lagi.

"Malam tadi (kelmarin) kami ada mesyuarat. Hanya Presiden akan bercakap mengenai hal ini. Presiden akan mengeluarkan kenyataan tidak lama lagi. Anda tunggulah beliau membuat kenyataan itu," katanya.

BH semalam memetik Harun sebagai berkata, agama lain termasuk Kristian tidak berhak menggunakan Kalimah Allah, manakala Mohamad berkata Hadi sudah memberi kenyataan pada 2010 untuk tidak melarang agama lain menggunakan kalimah suci itu.

Mujahid pula dalam sesi dialog di sebuah gereja di Prai, Pulau Pinang, dua tahun lalau turut dilaporkan berkata, beliau tiada masalah dengan orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah kerana Allah membenarkan ia digunakan orang bukan Islam.

Sementara itu Mahfuz ketika diminta mengulas berkata, isu berkenaan hanya boleh diulas Hadi sejajar keputusan mesyuarat malam kelmarin.

Terdahulu, Salahuddin berkata PAS akan membantu penduduk 10 kampung di pengerang yang terbabit dalam pengambilan tanah projek RAPID untuk memohon semakan kehakiman bagi menghentikan sementara projek itu esok. Beliau mendakwa projek itu menyebabkan 249 kubur orang Islam di empat kampung sekitar Penggerang yang dipindahkan selama 7 hari mulai 21 Disember lalu, tidak memenuhi syarak.

Bagaimanapun, Kadi Daerah Kota Tinggi, Mohd Taufik Shamsuddin menafikan dakwaan itu.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone









Tags: ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

6 Komen

  1. Anonymous
    3:14 PM

    SUDAH JELAS BAHAWA SECARA RASMI PAS BERSETUJU AGAR PUAK KRISTIAN MENGGUNAKAN KALIMAH ALLAH DALAM BIBLE VERSI BAHASA MELAYU. PANDANGAN DATO' HARUN DIN SUDAH DIBAKUL SAMPAH DAN TELAH DIBUANG DALAM TONG NAJIS MUGHALLAZAH (KALAY NAK PAKAI KENA SAMA' DAHULU. BAGAIMANA DENGAN VERSI TAMIL, CHINESE, PUNJUBI, DAN ENGLISH? MENGAPA PAS PULA YANG MENJADI AUTHORITY MENGENAI HAL EHWAL AGAMA ISLAM? MANA PERGI MAJLIS FATWA?, MAJLIS RAJA-RAJA? APA KATA MAJLIS PEGUAM? KALAU NAK GUNAKAN KALIMAH, DALAM SEMUA BIBLELAH DAN BUKAN DALAM VERSI BM SAHAJA. DALAM PADA ITU MESTI ADA ISTILAH(Definition): "ALLAH DALAM BIBLE INI BERMAKSUD TIGA DALAM SATU DAN BUKAN YANG MAHA ESA SEPETI ALLAH ORANG ISLAM. AWAS, PENGANUT ISLAM JANGAN KELIRU DENGAN ISTILAH ATAU NAMA ALLAH DALAM BIBLE INI".

    APA NAK DIKATA. PAS BELUM BERKUASA SUDAH BUAT KEPUTUSAN DASAR. BERTENTANGAN DENGAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN. DEMI POLITIK KAN SEMUANYA OK.

    WAHAI UMAT ISLAM DI SELURUH MALAYSIA DAN DUNIA, MASIH TIDOQ LAGI KA? BESOK-BESOK NABI MOHAMAD SAW, MASJID, ALQURAN VERSI KRISTIAN PULAK AKAN MENJELMA..TUNGGULAH PASTI MEREKA MAHU GUNA. BAGI PAS TAK ADA MASALAH.

  2. Anonymous
    3:29 PM

    Salam 1 Malaysia.Sudah parah benar politik depa ni.Saya doakan semoga Malaysia dipelihara dari kekotoran mainan politik menggunakan agama untuk nak kan kuasa.

  3. Anonymous
    3:45 PM

    PERCAYALAH, tidak lama lagi kita akan temui nama seperti Sulaiman Joseph, Julie Andrian Man, Bob Segan Rahman, Jibril Karupiah Mullah. Nama Islam ke/Hindu ke? Kristian ke? Entahlah. Kalau nak cam agama mereka tunggu hari jumaat/raya x-mas/Taipusam baru tahu apa agama mereka. Kalau dah Kalimah Allah dah boleh digunakan oleh agama lain, apa salahnya? Besok-besok akan muncul nama "Discotiqe Alah" "Pusat Urut di restu Allah" Nak marah apa? semua dah boleh. Dibawah PAS ALLAH boleh diguna oleh sesiapa juga. KAN PAS FOR ALL!

  4. Anonymous
    4:07 PM

    Akhirnya PAS mengakui bahawa Tuhan Bapa, Tuhan Anak dan Roh Suci adalah Allah yang esa atau orang kafir sebut A-la tiga dalam satu.

  5. Anonymous
    1:19 AM

    orang pas nampaknya boleh lah pergi sembahyang digereja sama dengan orang keristian sebab depa kongsi tuhan.

  6. Anonymous
    8:35 AM

    begitu le keadaannya bila ulama diketepikan...mereka yang mengaku ulama dalam PAS sekarang bukanlah ulama yang sebenar2nya ulama tetapi 'alamak'....mat sabu bukannya ulama,mahfuz bukannya ulamak,hadi awang bukannya ulama, nik aziz pun bukannya ulama yang sebenar...mereka hanya mengikut hati yang telah dipesongkan oleh syaitan..dimana hadi awang sanggup mempermainkan terjemahan Ayat Al-Quran...mat sabu sanggup makan babi dengan guan eng...nik aziz sanggup berkawan dengan syaitan...sedar le umat islam dimalaysia saya bukannya penyokong parti politik..tapi saya sedih dengan manusia yang mengaku ulamak tapi mempermainkan kalimah ALLAH yang agung..ketahui le Kalimah ALLAH hanya untuk agama islam sahaja..bukan untuk agama lain.

Post a Comment