Sekretariat
Orang Muda Selangor (Serang) mahu kerajaan negeri mengemukakan bukti lokasi
sebenar rumah murah atau rumah kos rendah untuk rakyat khususnya untuk orang
muda di negeri itu sebagaimana yang pernah diiklankan kerajaan negeri sebelum
ini.
Pengerusinya,
Budiman Mohd Zohdi berkata, masalah ini sangat kritikal memandangkan ramai anak
muda di Selangor yang masih belum memiliki rumah sendiri.
“Kami
nak tahu lokasi sebenar rumah yang mereka iklankan, berapa banyak rumah yang
sudah diberi dan bagaimana proses dan prosedur untuk memiliki rumah-rumah
tersebut,” ujarnya memberi penjelasan mengenai isu projek Perumahan Anak Muda
kepada penduduk Flat Pandan Jaya, semalam.
Tambahnya,
difahamkan di daerah Hulu Langat termasuk di Pandan, Ampang terdapat 1,510 unit
rumah ditawarkan tetapi kawasan tersebut masih gagal dikenalpasti.
“Sehingga
ke hari ini, Serang dan rakyat khususnya orang muda masih belum menerima maklum
balas seperti yang diiklankan dan kita nak tahu, kesahihan kenyataan dari
kerajaan negeri, adakah ia benar-benar wujud atau sebaliknya. Kerajaan sebelum
ini pernah menawarkan projek Skim Perumahan Pasangan Muda tetapi kerajaan
negeri sekarang telah membatalkannya.
“Kita
juga mempunyai bukti bahawa di kawasan Pandan ini, terdapat rumah yang diduduki
sehingga tiga keluarga (kelamin) kerana mereka tidak mampu membeli rumah yang
berharga ratusan ribu. Ini jelas membuktikan bahawa kerajaan negeri gagal
menangani isu rakyat dengan baik,” ujarnya yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian
Sungai Besar.
Hadir
sama, Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS), Dato’ Sohaimi Shahadan
dan pemimpin Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan Pengerusi Pemuda Kompenan BN
Parlimen Pandan.
0 Komen