Tidak
cukup dengan perbuatan PAS menghina sahabat Rasululullah SAW dengan menyamakan
Lim Guan Eng si kafir harbi, manusia rasis, angkuh dan penipu yang digelar
‘Tokong’ oleh bangsanya sendiri dengan Khalifah Umar Al-Aziz, kini ABIM pula
menghina isteri Rasulullah SAW dengan menganugerahkan Wan Azizah, isteri
peliwat tersohor Asia dengan ‘Anugerah Khas Saiyyidatina Khadijah’ pada
Himpunan Helwa Kebangsaan (HKK) 2013, 2 Februari lalu.
Anugerah
yang disampaikan oleh Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (Wadah), Dr
Siddiq Fadzil kepada Wan Azizah di di Auditorium Jubli Perak, Bangunan Sultan
Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSAAS) itu dikatakan sebagai menghargai ‘keberanian
Wan Azizah menegakkan keadilan, kebenaran dan memperjuangkan Islam ke arah
perubahan’.
Tidak
mungkin ABIM, atau nama penuhnya, Angkatan Belia Islam Malaysia, tidak tahu
asal-usul, sejarah, sifat dan sikap serta perjuangan Saiyidatina Khadijah yang
jauh amat bertentangan dengan Wan Azizah.
Saiyidatina
Khadijah binti Khuwailid RA adalah simbol Wanita Pertama. Saiyiditina Khadijah adalah wanita dengan
keperibadian hebat dan punya pemikiran yang bijak, matang, serta tidak
bergantung kepada status suami atau keluarga, tetapi mempunyai status sendiri. Beliau lahir dalam keluarga bangsawan yang
disegani dan kerana kecerdasannya beliau telah diamanahkan untuk mengurus
perniagaan keluarga. Sebagai seorang
usahawan yang berjaya, Saiyidatina Khadijah begitu terkenal di kalangan
masyarakat Quraisy.
Pekertinya
yang mulia, menyebabkan beliau amat disegani sehingga diberi gelaran
ath-Thahirah (wanita suci). Pendek kata,
beliau memiliki pakej lengkap, iaitu mulia, bijak dan juga kaya yang mana
membuatkan ramai yang menaruh hati padanya walaupun setelah bergelar
janda.
Namun,
hatinya tidak terbuka sungguhpun yang menaruh hati padanya itu bukan sahaja
pemuda dan pembesar Quraisy, tetapi juga dari raja-raja yang memerintah
negara.
Allah
SWT telah mentakdirkan yang hatinya hanya terbuka kepada Rasulullah SAW yang 25
tahun lebih muda darinya dan beliau mengambil langkah pertama merisik khabar
melalui teman dan saudara untuk menyampaikan perkara itu kepada Rasulullah
SAW. Hanya apabila mengetahui isi hati
beliau dan bahawa Rasulullah SAW juga membuka hati kepadanya, barulah pihak
keluarga Rasulullah SAW menghantar peminangan.
Perkahwinan
Saiyidatina Khadijah dengan Rasulullah SAW penuh dengan kasih sayang dan hormat
menghormati. Rasulullah SAW senang
meminta pandangan dan nasihat isterinya dan begitu juga sebaliknya. Saiyidatina Khadijah adalah pendorong
semangat, penenang ketika gusar dan pembantu yang setia kepada Rasulullah
SAW.
Allah
SWT telah memberikan kekuatan melalui Saiyidatina Khadijah bukan sahaja kepada
Rasulullah SAW untuk menghadapi segala cabaran, tetapi juga kepada pengikut
baginda di mana Saiyidatina Khadijah sentiasa bersedia mendermakan hartanya
bagi memastikan mereka tidak mudah diperguna atau didera oleh musuh Islam.
Kesimpulannya,
Saiyidatina Khadijah bukan sahaja simbol isteri, ibu dan pejuang Islam, tetapi
juga simbol wanita Islam yang sebenar, iaitu bijak, terhormat, berani dan punya
pemikiran dan status tersendiri. Untuk
itu, beliau telah dijanjikan syurga dan Rasulullah SAW sendiri mengiktirafnya
dengan sabda “Sebaik-baik wanita di dunia ini ada empat orang iaitulah Maryam
binti ‘Imran, Asiyah puteri Muzahim (isteri Firaun), Khadijah binti Khuwailid
dan Fatimah binti Muhammad.”
Berdasarkan
hakikat ini, apakah yang melayakkan Wan Azizah menerima anugerah sempena wanita
paling mulia ini? Dari segi keturunan,
sejarah, sifat, sikap, perjuangan dan keperibadian Wan Azizah, semuanya
bagaikan langit dengan bumi berbanding Saiyidatina Khadijah.
Wan
Azizah bukanlah seorang wanita yang terhormat kerana sanggup kahwin lari di Thailand dengan
Anwar apabila hubungan mereka tidak direstui bapa Azizah. Mereka akhirnya diijabkabulkan pada 28
Februari 1980 tanpa majlis yang meriah dan tanpa gambar perkahwinan. Sebelum itu, mereka telah bercinta sakan
ketika belajar, di mana Azizah sering membonceng motorsikal Anwar untuk
bersiar-siar.
Wan
Azizah juga bukan lahir dari keturunan bangsawan, sebaliknya biasa-biasa
sahaja. Dilahirkan di Singapura, Wan
Azizah ditinggalkan bapanya yang ketika itu melanjutkan pelajaran di Singapura.
Wan Azizah membesar di bawah jagaan dua orang bapa saudaranya secara bersilih
ganti di Kedah dan Kelantan. Keadaan ini
sedikit sebanyak menimbulkan masalah emosi di mana beliau disifatkan sebagai
mempunyai simptom kekurangan kasih sayang.
Kita
juga melihat alasan ABIM bahawa anugerah tersebut adalah bagi mengiktiraf
keberanian Azizah ‘menegakkan keadilan, kebenaran dan memperjuangkan Islam ke
arah perubahan’ amatlah melucukan kerana kalaupun Azizah punya keberanian,
keberanian itu tiada kena mengena dengan keadilan, kebenaran atau Islam dan
perubahan. Malah, ia adalah
seratus-peratus bertentangan.
Benar
Wan Azizah berani, tetapi berani untuk membela peliwat, berani bersubahat untuk
menggulingkan kerajaan pimpinan Islam untuk diganti dengan pemimpin berfahaman
plural, berani menipu, memfitnah dan menuduh pemimpin yang berjasa dan tidak
bersalah sebagai zalim, berani bersekongkol dengan sesiapa sahaja termasuk
musuh Islam untuk membawa perubahan ke arah liberalisasi. Anak kandung yang dididiknya sendiri juga
terang-terangan mengiktiraf pluralisme agama dan turut berjuang bersama bapa
peliwatnya dengan Wan Azizah setia membantu, menyokong dan membela mereka pada
bila-bila masa dan dalam apa jua keadaan.
Walaupun
setia kepada suami adalah sesuatu yang mulia, tetapi setia membuta tuli adalah
tindakan yang bodoh dan jahil iaitu amat bertentangan dengan ciri-ciri wanita
Islam sejati yang diteladankan oleh Saiyidatina Khadijah.
Wan
Azizah bukan pejuang Islam, tetapi pejuang liberalisasi, pluralisme and LGBT
selaras dengan pendirian suaminya. Oleh
itu, walaupun beliau mungkin setia kepada suaminya sepertimana Saiyidatina
Khadijah, tetapi beliau tidak wajar menerima sebarang penghargaan apatah lagi
dalam bentuk anugerah atas nama tokoh yang mulia tersebut.
Justeru,
ABIM wajar menarik balik anugerah tersebut dari Wan Azizah kerana beliau jelas
telah memilih untuk taat kepada suami melebihi taat kepada dari ajaran
Islam.
Kepada
ABIM, jangan dihina wanita Islam ke tahap sebegitu rendah, dan jangan dihina
Islam sehingga begitu sekali dengan meletakkan sesuatu anugerah yang begitu
mulia, kepada wanita yang menjadi talibarut pengkhianat agama, bangsa dan
negara. Dan lebih-lebih lagi jangan
dihina Saiyidatina Khadijah dengan mengaitkan beliau walaupun dengan hujung
rambut atau hujung jari Wan Azizah.
12:00 AM
Ini lagi satu BETINA SIAL!!
Menghalalan semua kelakuan2 Haram laki dia si Pendubur tegar!!!
2:41 AM
y penting dia Doktor Perubatan
7:08 PM
sialan Al anuar Al bontoti...