Memang
memalukan apabila Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat gagal mengenal pasti
jantina penyanyi popular dari Korea, Psy yang tika ini popular dengan lagu
tarian kuda, Oppa Gangnam Style.
Nik
Aziz dilaporkan telah dengan selambanya menegaskan artis Korea yang bakal
membuat persembahan di Pulau Pinang pada 11 Februari 2013 itu nanti perlu
menutup auratnya kerana menyangkakan Psy adalah seorang perempuan.
Bila
kebebalannya ditegur oleh wartawan, cepat-cepat pula Nik Aziz cuba pusing
cerita bertanyakan samada lirik lagu Oppa Gangnam Style itu memberi kesan
positif atau sebaliknya kepada golongan muda.
Itu
tabie Nik Aziz yang sudah terkenal dengan perangai semula jadinya yang jarang
sangat mahu mengaku kesalahan dan kelemahan diri sendiri, sebaliknya lebih
kerap bersilat kata semata-mata untuk menutup kelemahannya.
Tinggi
benar egonya, mungkin mencecah langit agaknya. Dah buat silap pun masih
cuba berdolak-dalik. Tak sedar diri betul.
Punyalah riuh rendah seluruh negara
bercakap mengenai fenomena Oppa Gangnam Style, rupanya ada lagi yang duduk di
bawah tempurung terpinggir dari dunia nyata tapi masih bernafsu besar untuk
turut serta bercakap mengenainya.
Tak pasal-pasal komennya itu menjadi
bahan gelak tawa orang ramai di masa yang sama menyebabkan aib kepada rakyat
Kelantan kerana memiliki seorang Menteri Besar yang gemar bercakap semberono
dan tanpa usul periksa.
Umum tahu fokus PAS tika ini ialah
mengaitkan isu kemaksiatan dengan program hiburan sempena Rumah Terbuka
Sambutan Tahun Baru yang dianjurkan oleh BN itu, dengan demikian PAS berharap
akan mendapat kredit dari kalangan pengundi beragama Islam.
Hakikat yang berlaku tidak pun mengikut
kehendak PAS, sebaliknya malu yang dapat gara-gara kebebalan Mursyidul Amnya
sendiri. Nampak sangat keprihatinan yang cuba PAS tonjolkan itu sengaja
dibuat-buat untuk tujuan politik kepartian sahaja.
Lagipun jika PAS serius ingin bercakap
soal kemaksiatan dan lagho yang berlaku dalam program bercorak hiburan,
sepatutnya PAS telah ke depan membantah tindakan Kerajaan DAP Pulau Pinang
menganjurkan konsert hiburan larut malam pada November 2012 yang lalu.
Dalam konsert di Batu Feringgi Pulau
Pinang itu, muda mudi keturunan Cina, India serta Melayu bukan setakat
bercampur gaul jantan betina malah ramai yang tunggang terbalik dek penangan
arak Carlsberg.
Sehingga sekarang PAS senyap sunyi dari
mengulas kemaksiatan yang jelas berlaku di konsert hiburan anjuran Kerajaan DAP
Pulau Pinang, barangkali PAS sengaja memejamkan mata kerana terlalu takut untuk
menegur khalifah Lim Guan Eng yang menjadi pujaan ramai pemimpin PAS agaknya.
Hatta persembahan hiburan separuh bogel
anjuran PKR di Kulim, Kedah pun tidak kedengaran sebarang teguran dari PAS. Di
masa yang sama, Nik Aziz pula hingga kini ibarat syaitan bisu tak terfikir
untuk turut sama membantahnya.
Apa pun, malu besar yang ditanggung oleh
PAS disebabkan kebebalan Nik Aziz mengulas isu Psy Gangnam Style ini wajarlah
dijadikan iktibar sepanjang zaman.
Di samping itu, alang-alang sudah
terserlah kebebalannya, eloklah Nik Aziz meludah ke muka sendiri, dengan
demikian bila tiba-tiba sahaja mulutnya gatal untuk komen itu ini, akan
terdetik kesedarannya untuk mendalami isu sebelum membuka mulut berusnya itu.
9:38 AM
pork nick, kalau tak tau lain kali tutup mulut berus anda tu. Makin lama bercakap, menampakkan anda semakin kronik...
10:33 PM
Salam tuan. Mohon paut blog kami yang baru ini,
http://parlimensembrongp153.blogspot.com/
Salam perjuangan dan terima kasih.