Timbalan Pengerusi UMNO Selangor, Datuk
Seri Noh Omar hari ini menyifatkan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang
menolak dengan kos permohonan kerajaan Selangor dan Menteri Besarnya Tan Sri
Abdul Khalid Ibrahim untuk mengetepikan saman oleh 711 pengguna air di negeri
itu sebagai satu lagi kemenangan rakyat Selangor, selepas tuntutan 2,020 ibu
tunggal di Selangor, yang difailkan terhadap November lalu, juga turut .
“Ini merupakan kejayaan Rakyat 2.0 yang selama ini sudah tidak
tahan menunggu. Mereka (kerajaan pakatan) berjanji dalam manifesto, hari ini
tempoh mereka memerintah pun dah nak habis tetapi janji-janji mereka masih
tidak tertunai.
Oleh itu rakyat negeri Selangor hari ini dah sedar dan mereka
telah bangun untuk menuntut hak mereka dan walaupun kerajaan negeri kita lihat
waktu kumpulan ib tunggal menuntut hak mereka, kerajaan negeri cuba mengelakkan
diri, cuba nak menafikan hak ibu tunggal tetapi kumpulan ibu tunggal ini telah
menang dalam pusingan yang pertama,” ujarnya mengulas keputusan Mahkamah Tinggi
Shah Alam yang menolak permohonan kerajaan Selangor dan Menteri Besarnya Tan
Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk mengetepikan saman oleh 711 pengguna air di Selangor.
Tambahnya, dalam isu air ini juga pihak kerajaan negeri cuba untuk
menafikan hak rakyat yang tidak dapat bekalan air percuma ini sebagaimana yang
dijanjikan dalam manifesto mereka pada Pilihan Raya Umum ke-12 yang lalu.
“Ini menunjukkan mereka tidak ikhlas dalam menyelesaikan masalah
rakyat. Kalau kerajaan negeri ikhlas dalam menunaikan janji mereka, tempatnya
bukan di mahkamah. Mereka boleh berbincang dan menyelesaikannya di luar
mahkamah, ataupun menunaikan janji-janji mereka.
Tetapi apabila mereka memohon kepada mahkamah untuk mengenetepikan
tuntutan ini, ini jelas menunjukkan kerajaan negeri sengaja mencari helah,
mencari jalan supaya j nji-janji mereka tidak ditunaikan.
Saya dimaklumkan bahawa selepas ini, ada pula kumpulan warga emas,
kumpulan anak-anak tadika, kumpulan dari peniaga-peniaga yang dulu dijanjikan
cukai pintu nak turun tapi sebaliknya, juga difahamkan juga sedang membuat
persiapan untuk ke mahkamah,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Tanjong Karang.
Oleh itu, Noh menasihatkan kerajaan untuk untuk bersedia, bahawa
kebangkitan rakyat kini jelas, mereka berjuang untuk menuntut hak mereka kerana
janji-janji manis PKR dan PAS pada Pilihan Raya Umum 2008 menyebabkan rakyat
terpengaruh dengan janji mereka dan akhirnya rakyat menyokong pakatan
pembangkang dan akhirnya BN kalah di negeri Selangor.
“Bagi saya, ini merupakan kejayaan rakyat, dalam menuntut hak
mereka. Rakyat harus sedar permainan politik yang dimainkan oleh kerajaan
pakatan, dan rakyat harus menilai kembali kerajaan yang benar-benar prihatin
dan menyelesaikan masalah rakyat,” ujarnya lagi.
Terdahulu, Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak dengan kos
permohonan kerajaan Selangor dan Menteri Besarnya Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
untuk mengetepikan saman oleh 711 pengguna air di negeri itu.
Saman itu adalah berhubung kegagalan Abdul Khalid dan kerajaan
Selangor melaksanakan pemberian subsidi air percuma seperti dijanjikan dalam
manifesto pakatan pembangkang pada pilihan raya umum lepas.
Pada 11 Sept tahun lepas, seramai 711 pengguna air di Selangor
yang merupakan kumpulan pertama memfailkan saman menuntut ganti rugi hampir
RM500,000 dan mereka menamakan Abdul Khalid, kerajaan Selangor dan Syarikat
Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) sebagai defendan.
Dalam penyata tuntutan, kesemua 711 pengguna air itu antara lain
mendakwa semasa kempen pilihan raya pada Mac 2008, rakyat di negeri Selangor
dijanjikan mendapat air percuma bagi 20 meter padu pertama setiap bulan kepada
pengguna domestik.
Bagaimanapun, plaintif mendakwa, mereka tidak menerima subsidi air
percuma itu dan mendapati tiada sebarang potongan meter padu pertama ke atas
bil air mereka yang dikeluarkan oleh Syabas.
0 Komen