Najib Pengarah, Zin Mohamed Timbalan Pengarah Jentera BN Selangor


Barisan Nasional Selangor optimis bahawa peluang amat cerah untuk kembali memerintah Selangor selepas PRU ke 13 nanti.

Kesiapsiagaan parti juga berada dalam keadaan optimum dan bersedia untuk digerakkan semasa tempoh kempen. Malahan, gerak kerja terperingkat sudah pun dimulakan sehingga di peringkat Pusat Daerah Mengundi (PDM).

Setiausaha Barisan Nasional Selangor, Dato' Hj. Mohammed Idris. B. Abu Bakar berkata, satu mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi BN Selangor dan semua Pengerusi BN Bahagian Selangor di telah diadakan pada 23 Feb di PWTC dan ianya dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri.

“Beberapa perkara penting telah diputuskan sebulat suara oleh semua JK Tertinggi iaitu lantikan jawatan YAB Dato' Sri Najib Razak sebagai Pengarah Pilihanraya BN Selangor manakala Koordinator BN Selangor, Dato Sri Ir Mohd Zin Mohamed sebagai Timbalan Pengarah Pilihanraya Selangor.

Semua kepimpinan BN Selangor menyambut baik keputusan tersebut dan ianya akan menjadi pengorak langkah kepada usaha BN menawan kembali Selangor.

Satu simulasi khas Pilihanraya juga akan diadakan dalam masa terdekat ini bagi membiasakan seluruh jentera termasuk memastikan segala persiapan dalam keadaan sempurna. Simulasi ini akan melibatkan semua peringkat parti dan cabang termasuk gerak kerja kempen yang bersepadu di peringkat PDM,” ujarnya dalam satu kenyataan media hari ini.

Tambahnya, jentera di peringkat PDM akan menjadi teras utama parti supaya segala bahan kempen dan maklumat dapat terus disampaikan kepada akar umbi. Persiapan diperingkat PDM juga akan diaudit bagi memastikan keselarasan tindakan.

“Kesepakatan dan kerjasama seluruh komponen dan peringkat dalam Barisan Nasional Selangor merupakan teras utama BN Selangor dalam menghadapi PRU akan datang.

Semoga hasil perbincangan ini dapat diterjemahkan kepada tindakan seterusnya memastikan usaha BN menawan Selangor menjadi kenyataan,” ujarnya yang juga Ketua UMNO Bahagian Hulu Selangor.


Sent from Yahoo! Mail on Android
Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment