Perdana
Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak hari ini secara sinis memerli Menteri
Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan pemimpin pakatan pembangkang yang
mahu membubarkan DUN Selangor 26 Februari ini.
Bila
sampai masanya, tak lama lagi, tak payah nak `jolok-jolok’ saya. Tak payah nak
kata bubar selepas Chap Goh Mei, ini nak jolok-jolok sahaja, nak buat apa.
Saya
tahulah bila masa nak mengadap yang DiPertuan Agong, minta Parlimen dibubarkan.
Masanya akan tiba,
tak lama lagi. Kita sekarang ini mahu memberikan tumpuan, Bajet 2013 ini mesti
kita tunaikan. Hari ini kita tengok BRIM 2.0 lebih baik dari BRIM 1.0,
insya-Allah kalau ada BRIM 3.0, ia akan lebih baik dari BRIM 2.0,” ujarnya
ketika berucap pada Majlis Pelancaran BRIM 2.0 di sini, sebentar tadi.
Tambahnya, BRIM 2.0 ini lebih baik
kerana mereka yang bukang dan berpendapatan kurang dari RM2000 pun dapat. Kerajaan
sudah menyediakan RM3Bilion, yang sudah mendaftar sehingga hari ini berjumlah
7.3juta dan permohonan akan dilanjutkan sehingga ke hujung bulan ini.
”Kita tidak mahu ada sesiapa pun yang
tercicir, kalau ditolak masih boleh merayu lagi. Inilah kerajaan kita, kerajaan
Barisan Nasional yang mahu memastikan bahawa semua layak untuk dapat BRIM, akan
menerimanya.
Inilah janji kita, janji kerajaan BN
merupakan yang ditepati. Bukan seperti janji palsu, janji kosong yang ditabur
oleh kerajaan pakatan pembangkang, khususnya dalam memikat hati rakyat Selangor,”
tambahnya.
Tambahnya, komitmen dan sambutan rakyat
di Ampang dan Pandan hari ini merupakan satu bentuk sokongan yang terbuka
kepada BN, khususnya selepas hampir lima tahun diperintah kerajaan pakatan
pembangkang.
”Tempoh lima tahun, sudah cukup untuk
tempoh kita menilai, masanya sudah tiba bagi kita untuk melakukan perubahan,
kita harus memastikan bumi Selangor ini harus kembali kepada pangkuan BN pada
PRU13 ini,” ujarnya lagi.
Sent from Yahoo! Mail on Android
|
0 Komen