Hajat MB Selangor untuk membubarkan Dun
Selangor pada 26 Feb 2013 adalah
langkah yang terbaik, tatkala Selangor sedang dilanda kemelut air yang sangat
serius.
Presiden
Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) Hamidzun Khairuddin berkata, menabalkan
sebuah kerajaan yang baru semakin tidak dapat dielakkan dengan kegagalan Khalid
Ibrahim menyelesaikan masalah air Selangor dengan tuntas.
“Krisis
air yang melanda kawasan Ampang, Pandan dan Gombak dua minggu lalu adalah
permulaan kepada seriusnya krisis air Selangor yang dijangkan akan bermula pada
2014.
Hasrat
Khalid yang akan membubarkan Dun Selangor merupakan usaha terdesak MB yang
semakin tidak dapat menahan tekanan dalaman dalam polemik kuasa dalam PKR.
Semua tahu bagaimana puak Azmin merasa tidak senang bila Wan Azizah berhasrat
untuk bertanding di Dun Sementa atau Bukit Melawati. Kini Azmin dan Wan Azizah
sedang bersiap-siap 'memasang badan' sebagai bakal peneraju kerajaan Selangor
pasca PRU 13,” ujarnya yang juga mantan Ketua AMK Negeri Selangor.
Tambahnya,
hasrat Khalid untuk melakukan 'stunt' juga boleh dilihat amat canggung kerana
Kelantan, Kedah dan Pulau Pinang, negeri-negeri pakatan ini tidak berhasrat
membubarkan Dun mereka lebih awal dari Dewan Rakyat.
Adakah
Khalid sebenarnya sudah buang tabiat? Itu tanda-tanda orang yang sudah
membayangkan kejatuhan nya semakin dekat.
“Apa
pun setelah lebih 4 tahun 10 bula pakatan PKR, DAP dan PAS memerintah Selangor,
nyata mereka adalah sebuah kerajaan negeri yang gagal.
Krisis
dan skandal air, banjir, sampah, jalan berlubang, pasir, TALAM, UNISEL, KUIS,
Yayasan Selangor, PKNS, Exco Telanjang, Penasihat Ekonomi seorang peliwat,
rumah urut yang melimpah ruah adalah fenomena era Khalid - Anwar 2008-2013 di
negeri Selangor.
Rakyat
Selangor berhak untuk memilih sebuah kerajaan yang lebih baik serta seorang MB
yang lebih bertanggungjawab dalam tahun-tahun yang mendatang,” ujarnya lagi.
0 Komen