Pemuda BN Hulu Selangor Sudah Bersedia Sepenuhnya .....



Pergerakan Pemuda Barisan Nasional (BN) Hulu Selangor perlu mewujudkan kesepaduan jentera penuh siapsiaga menghadapi pilihan raya umum ke-13 pada bila-bila masa.

Ketua UMNO Bahagian Hulu Selangor, Datuk Hj Mohamed Idris Abu Bakar, berkata, peranan jentera pemuda amat besar bagi membantu Selangor membetulkan ‘papan kekunci’ (mother board) yang rosak pada 2008 dalam pilihan raya umum ke-12.
 “Bangunkan pemuda sederap seirama di seluruh kampung dan bandar mengerakkan jentera bagi memastikan BN kembali merampas kuasa di Selangor.

“Mother board kita yang rosak sudah dibaiki sepenuhnya dan mampu menang kembali di negeri tercinta ini,” katanya ketika berucap semasa program  Pelancaran  Jentera Pemuda Barisan Nasional (BN) Hulu Selangor di Kelab Golf Bukit Beruntung petang Ahad.

Lebih 500 pemuda BN hadir dalam program ini. Hadir sama Ahli Parlimen  Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Selangor, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batang Kali, Datuk Mohd Isa Abu Kasim,  Engku Salleh Engku Jamal, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO bahagian Hulu Selangor, Mahmud Karim.

Mohamed Idris berkata, beliau yakin Parlimen Hulu Selangor mampu mengekalkan kerusinya yang dirampas daripada Pakatan Rakyat (PR) dalam pilihan raya kecil pada 2010 lalu dan juga terus mengekalkan tiga kerusi DUN.

Katanya, sudah tiba pemuda menggerakkan ‘bala tentera’ dalaman BN untuk berkerja keras dalam pilihan raya umum ke-13 nanti.

Sementara itu, Engku Salleh, berkata, pemuda perlu mewujudkan dua gerak kerja baru iaitu bahagian poster dan jentera skuad bermotor dalam pilihan raya akan datang.

Katanya, beliau optimis bahagian Hulu Selangor mampu menjadi kubu kuat BN di Selangor.

“Saya menyarankan pemuda terus bangkit dan melakukan kerja yang terbaik demi kemenangan BN di Selangor. Marilah perkasa BN bemula sekarang tanpa menunggu arahan pihak atasan,” katanya.

Manakala Mahmud berkata, kejayaan mengumpul ramai Pemuda BN di Hulu Selangor membuktikan mereka mempunyai semangat daya juang yang tinggi menghadapi pilihan raya.

Katanya, mereka bersedia membantu 4 calon bakal bertanding di Hulu Selangor nanti bagi memenangi kerusi masing-masing.

“Saya sudah berjumpa dan mengarahkan jentera yang dilantik memikul tanggungjawab masing-masing bagi memastikan kemenangan bergaya dalam pilihan raya. Usahlah mewujudkan polemik dan masalah dalaman parti. Kita mampu bangkit membetulkan kesilapan lalu demi Selangor tercinta,” katanya.

Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment