Calon BN Anak Tempatan, Bagilah Sokongan Kepada Mereka... - Soi Lek



Hujan lebat tidak  menghalang calon-calon Barisan Nasional (BN)  dalam kawasan Parlimen Pandan di Selangor  turun padang bagi mendekati masyarakat peniaga  di empat blok rumah kedai di Pandan Jaya, dekat  sini hari ini.

Lebih meriah, program turun padang itu  diperkuatkan dengan kehadiran Presiden MCA,  Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek bagi memperkenalkan  calon BN bagi kerusi Parlimen Pandan, Gary Lim  Chee Wee dan kerusi Dewan Undangan Negeri  (DUN) Chempaka, Muhammad Faizal Sufar.

Kehadiran Sio Lek yang baru tiba dari Johor untuk  turun berkempen di Pandan dilihat menarik  perhatian ramai masyarakat Cina setempat  namun, calon BN bagi kerusi DUN Teratai, Ben  Liew pula tidak turut serta kerana menghadiri  program lain.

Dalam keadaan hujan lebat itu, Soi Lek serta Gary  dan Muhammad Faizal tidak membuang masa  untuk beramah mesra dengan para peniaga dan  masyarakat tempatan sambil menerangkan  manifesto BN kepada mereka.

Soi Lek dalam sidang akhbar sebelum itu  memberitahu, sokongan masyarakat sekitar  kepada Gary dan Muhammad Faizal yang  merupakan calon tempatan penting bagi  meneruskan agenda pembangunan di kawasan  Pandan seperti diusahakan MCA selama ini.

“Ahli (dan jentera) MCA pula perlu memikul  amanah dan tanggungjawab untuk  bertungkus-lumus memperkenalkan calon-calon  BN ini kerana mereka calon tempatan, bukan  import,” katanya.

Dalam pada itu, Gary yang juga Ketua Biro  Guaman MCA Pandan berkata, beliau akan  menyelesaikan pelbagai masalah sosial seperti  timbunan sampah bertaburan di kawasan  tersebut sekiranya terpilih nanti.

“Saya telah berkhidmat di Pandan sejak 2011 lagi  dan tidak asing dengan keadaan di sini jadi pilihlah  BN pada (hari mengundi) 5 Mei nanti,” katanya.
Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

1 Komen

  1. Anonymous
    8:41 PM

    CHUA SOI LEK LU PERGI MAMPUS LAH LAGI BAGUS..LU OLANG CINA SEMUA SUDAH PAKAT MAHU RAMPAS KUASA INI NEGARA. LU INGAT KITA OALNG MELAYU BODOHKAH? LU LEBIH BAIK JADI SIFU CD BLUE SAJA LAAA..

Post a Comment