Sehingga tamat proses penamaan calon pada 20 April 2013,
terdapat sekurang-kurangnya 7 kerusi DUN & Parlimen yang menyaksikan
pertindihan calon membabitkan PAS dan PKR.
Pertindihan yang berlaku ini melibatkan satu kawasan
Parlimen dan 6 DUN di beberapa negeri seperti Johor, Pulau Pinang, Terengganu,
Sabah dan Selangor, menyebabkan ramai penyokong PR pening memikirkan puncanya.
Kebanyakan kerusi yang bertindih calon ini secara umumnya
kuota untuk PKR tetapi dipertikaikan oleh PAS kerana merasakan jenteranya lebih
kuat di kawasan terlibat.
Namun menurut Presiden PAS, Abdul Hadi Awang pula,
pertindihan ini sengaja dilakukan kononnya untuk menghalang kemasukan syaitan
sambil mengaitkan peristiwa kejatuhan PR di Perak pada awal 2009.
Katanya, "inilah sebabnya bertindak bertanding
itu...nak menyelamatkan Pakatan Rakyat, kita tak mahu jadi macam Perak,
perintah sekejap pastu jatuh, PAS bertindak, PAS tetap bersama Pakatan
Rakyat."
"PAS bertindak untuk memelihara, keteguhan bukan
saja masa pilihan raya, keteguhan selepas kita diberikan kemenangan oleh Allah
SWT, supaya syaitan-syaitan tidak boleh masuk Pakatan Rakyat."
Bijak alasan spin yang diberikan Hadi apabila
mengaitkannya dengan isu kejatuhan PR di Perak kemudian disabitkan pula syaitan
semata-mata untuk meredakan keresahan yang sedang membuak-buak di kalangan
penyokong PR khususnya PKR tika ini.
Tapi sedar tak sedar, Hadi sebenarnya meluahkan keraguan
PAS terhadap calon-calon PKR, dengan kata lain, penjelasan yang dibuatnya itu
mengesahkan lagi betapa selama ini PAS memang tidak percaya dengan kesetiaan
pemimpin PKR.
Sesebuah pakatan andainya tidak wujud kepercayaan sesama
rakan sepakatan, itu tanda tiada nilai kerjasama utuh di kalangan mereka.
Pakatan sedemikian takkan bertahan lama, tiba masanya masing-masing akan
bercakaran.
Apa yang berlaku ini memberi gambaran jelas betapa tidak
sepakatnya PR untuk menghadapi PRU-13, gabungan rapuh sebegini mustahil untuk
mendapat kepercayaan rakyat apatah lagi untuk diberi tanggungjawab menerajui
negara.
Justeru itu, tak usahlah PR berangan lagi untuk menang
pada PRU-13, sebaliknya lebih baik masing-masing bersiap siaga untuk menghadapi
perang sesama sendiri yang dijangkakan berlaku selepas PRU ini kelak.
7:02 PM
Kenyataan bodoh yang dikeluarkan olih seorang pemimpin yang sememang bodoh, bagi bola tanggung kat pihak lawan. Belum ada lagi kenyataan tauke pas ni yang bolih dipakai setakatini.
7:49 PM
apa kata anu aaar...
hadi kata pkr syaitan....