Pengundi Bandar Tun Razak Jangan Silap Buat Keputusan, 5 Mei Ini – Hassan Ali



Presiden Jati, Datuk Dr Hassan Ali mengajak pengundi Bandar Tun Razak untuk tidak melakukan kesilapan dalam membuat satu keputusan besar pada 5 Mei ini dengan mengundi calon yang sepatutnya diundi demi membina sebuah Negara yang aman dan makmur, demi masa depan yang lebih cerah kepada generasi yang akan datang.

“Tan Kok Eng merupakan calon muda dari BN yang jauh lebih baik dan bertanggungjawab dari calon dari PKR, Tan Sri Khalid Ibrahim yang telah menjadi wakil rakyat selama 5 tahun mewakili Bandar Tun Razak. Apa yang dia buat selama 5 tahun ini? Adakah rakyat dan pengundi Bandar Tun Razak benar-benar mendapat manfaat atas jawatannya sebagai Ahli Parlimen Bandar Tun Razak sebelum ini.

Agenda besar JATI adalah membantu BN pada PRU13 ini, kita telah pun membuat keputusan  untuk menyokong BN sepenuhnya.

Kita akan laksanakan roadshow di 27 kawasan di mana pemimpin-pemimpin utama pakatan pembangkang bertanding, kita akan beritahu kepada rakyat untuk menolak semua calon dari pakatan ini dan dalam masa yang sama, kita akan menjelajah ke 22 parlimen yang mana pemimpin BN bertanding, kawasan-kawasan panas yang kita akan panaskan pula semangat perjuangan untuk memberi kemenangan kepada calon-calon BN,” ujarnya ketika menyampaikan ceramah di Flat Seri Melaka, Bandar Tun Razak malam tadi, di sini.

Tambahnya, terlalu banyak masalah dalam pakatan pembangkang ini. Hakikatnya, PAS hari ini tidak dapat diharapkan lagi, kerana Anwar Ibrahim PAS sudah tergelincir dari landasan.

“PAS tidak akan menjadi tongak pembangunan Islam di Malaysia. Golongan Anwarinas atau parasite dalam PAS ini membentuk proksi Anwar dalam PAS, hingga PAS hilang tulang belakang, hilang arah tuju perjuangan, PAS menjadi kuda tunggangan kepada DAP, kuda tunggan kepada Lim Kit Siang, Lim Guan Eng  dan kuda tunggangan Karpal Singh.

PKR pula parti yang tidak ada dasar, parti yang tidak mempunyai pendirian, perjuangan PKR hanya mahu meletakkan Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri.

Begitu juga dengan DAP, melalui 30 tuntutan mereka, antaranya menghapuskan peruntukan agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan dalam Perlembagaan, mereka juga mahu menjadikan Malaysia sebuah sebuah Negara republic selain mahu mencantumkan semula antara Malaysia dan Singapura, siapa di belakang mereka dalam usaha-usaha tersebut,” ujarnya yang juga mantan Pesuruhjaya PAS negeri Selangor dan Naib Presiden PAS Pusat.

Tags: ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

2 Komen

  1. Anonymous
    2:15 PM

    Kami warga lama Kampung Congo akan kembali menyokong BN. Anak pinak dan kaum keluarga kami juga akan beri kepercayaan semula kepada Barisan Nasional.

    Kalau tidak Barisan Nasional, kami bangsa Melayu dipinggir kota akan jadi macam Islam Rohingya. Ada Anwar, Hadi, Nik Aziz, Khalid Ibrahim, Azmin, Izzah, Karpal dan Lim Guan Eng peduli sama kami ?????????????????????????????????????

  2. tersangat risau kami akan nasib anak cucu cicit kami.. kalau pkr memerintah..... mari kekalkan BN!

Post a Comment