Antara sms yang aku dapat semalam |
Pengalaman lalu menunjukkan banyak perkhabaran palsu dan
propaganda songsang disebarkan oleh pihak pembangkang terutama menjelang hari
pengundian dalam usaha untuk mewujudkan suasana keliru atau lain-lain tujuan
yang bermotifkan politik.
Dalam keadaan tertentu kandungan SMS atau khabar angin itu boleh
menyebabkan suasana panik, itu tambah menyeronokkan PR yang mengharapkan
kebaikan dari kejahatan yang mereka lakukan.
Isi kandungan SMS atau perkhabaran berita terkini yang palsu itu
mungkin sahaja berbentuk propaganda, kempen, serangan peribadi, keputusan
sesatu kawasan atau apa sahaja yang pastinya ia mungkin mengelirukan pengundi
pada saat akhir.
Mengambil iktibar dari pengalaman itulah rakyat Malaysia perlu
sentiasa berhati-hati dan jangan sesekali terpedaya dengan berita angin dan
khabar yang tidak pasti yang sengaja disebarkan oleh PR termasuklah SMS yang
diterima.
Sedangkan bahan kempen BN pun mampu mereka palsukan demi mencapai
matlamat politik mereka, setakat menyebarkan SMS reverse psycho bukannya satu
perkara yang sukar pada mereka.
Yang pasti nawaitunya menurus kepada untuk manfaat PR dan impak
buruknya pula terbeban di bahu BN.
Kaedah kempen sebegini sememangnya sinonim dengan pembangkang yang
sering kali mengharapkan kelebihan dari perkara yang buruk. Mereka akan
memanipulasi segala cara yang ada tanpa mengambil kira soal moral atau
kebenaran.
Justeru itu khalayak ramai perlu sentiasa berwaspada dan
mengabaikan propaganda sedemikian serta pastikan hanya merujuk pada sumber
sahih dalam menentukan keputusan.
0 Komen