Tengku Zaihan Pilihan Terbaik Penuhi Citarasa Pengundi Kuala Besut


Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Datuk Rosnah Abdul Rashid Sirlin menyifatkan calon Barisan Nasional, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman memenuhi citarasa pengundi di kawasan pilihan raya Kuala Besut kerana beliau merupakan wakil orang muda, mewakili mereka yang berlatarbelakangkan pendidikan agama dan datang dari keluarga yang dihormati di kawasan ini.

"Saya kira percaturan Barisan Nasional meletakkan Tengku Zaihan merupakan satu keputusan terbaik, kita meletakkan harapan yang cukup tinggi kepada beliau yang mewakili generasi muda.

Beliau juga merupakan calon yang boleh diterima dan popular di kalangan pengundi di Kuala Besut, selain dapat mengekalkan kerusi BN di kawasan ini," ujarnya ketika ditemui selepas Majlis Penamaan Calon Bagi Kawasan Pilihanraya Kecil DUN Kuala Besut di sini, pagi tadi.

Tambahnya, tanggungjawab Tengku Zaihan cukup besar untuk mempertahankan kerusi DUN Kuala Besut.

"Kami bagi pihak Jentera Pergerakan Puteri UMNO akan melakukan yang terbaik untuk membantu jentera BN di Kuala Besut ini bagi mengekalkan kerusi DUN 01 Kuala Besut ini untuk kekal bersama BN," tambahnya lagi.         
Dalam Pilihanraya Kecil Kawasan Dewan Undangan negeri Kuala Besut, Barisan Nasional (BN) menamakan bekas jurutera, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman sebagai calon pada Pilihan Raya Kecil Kuala Besut, akan menghadapi tentangan satu lawan satu dengan calon Pas, Endut @ Azlan jusoh.

Tengku Zaihan menyerahkan kertas pencalonannya pada jam 9.10 pagi manakala calon Pas, Endut @ Azlan berbuat demikian pada jam 9.03 pagi.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Encik A Rahim Jusoh, mengumumkan hanya dua orang menghantar kertas pencalonan masing-masing di pusat penamaan calon di Kompleks Rakan Muda Kampung Raja, setelah tempoh yang ditetapkan tamat jam 10 pagi.

Beliau yang membuat pengumuman itu pada jam 10.25 pagi berkata, setelah diteliti pihaknya menerima permohonan daripada kedua-dua calon tersebut untuk bertanding pada PRK Kuala Besut yang ditetapkan pada 24 Julai depan.


Encik A Rahim turut mengumumkan tarikh mengundi awal ditetapkan pada 20 Julai.
Tags: ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment