Program MyHome – Inisiatif Terbaik Bantu Rakyat Miliki Rumah Sendiri

Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia melihat Program MyHome yang bakal dilancarkan oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia pada bulan April hadapan merupakan satu inisiatif terbaik membantu rakyat negara ini khususnya golongan muda memiliki rumah sendiri.

EXCOnya, Nazir Hussin Akhtar Hussin berkata, isu berkenaan peningkatan harga rumah di negara ini terutamanya di Lembah Klang menjadi permasalahan utama semenjak 10 tahun kebelakangan ini dengan pemberian subsidi oleh kerajaan sehingga RM 30,000 untuk pemohon yang ingin membeli rumah terpilih pada harga kos yang lebih rendah.

“Bagi pihak Biro Hal-Ehwal Bandar & Perumahan menyambut baik dan berterima kasih di atas inisiatif berkenaan kerana ia merupakan isu yang diperjuangkan oleh Pemuda UMNO beberapa tahun kebelakangan ini.

Sasaran sebanyak 10,000 unit rumah yang memerlukan kerajaan memperuntukkan subsidi sebanyak RM 300 juta pada tahun pertama ini tidak menjadi ‘one off’ program tetapi bukan hanya diteruskan pada tahun-tahun akan datang malah jumlah tersebut juga perlu ditambah.

Saya mengharapkan agar kerajaan dapat memberi keutamaan kepada pemohon-pemohon daripada golongan muda yang telah bekeluarga tetapi masih belum memiliki rumah persendirian. Garis panduan serta syarat-syarat yang dikenakan kepada pemohon MyHome juga diharapkan tidak terlalu ketat dan ianya perlu jelas berkenaan kriteria-kriteria permohonan,” ujarnya yang juga Pengerusi Biro Hal-Ehwal Bandar & Perumahan, Pemuda UMNO Malaysia.

Tambahnya, program MyHome ini juga perlu dilaksanakan dengan ketelusan yang tinggi agar pemohon yang benar-benar layak sahaja dapat dipilih memandangkan jangkaan jumlah permohonan adalah lebih dari jumlah subsidi yang diperuntukkan.

“Pihak kerajaan juga diminta untuk memperhalusi supaya tiada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan untuk menaikkan harga rumah-rumah yang terlibat dalam program MyHome.


Pihak Biro Hal-Ehwal Bandar & Perumahan bersedia membantu kerajaan dalam menjayakan program MyHome khususnya dalam menyalurkan permohonan-permohonan yang layak kepada kerajaan,” tambahnya. 
Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment