Apa Yang Tak Kena Dengan Manifesto Lama Sehingga PKR Terpaksa Tampil Dengan Manifesto Baru? - Jamawi


Pergerakan Pemuda UMNO menyifatkan manifesto baru yang dikeluarkan PKR dalam kempen Pilihan Raya Kecil DUN Kajang sebagai satu benda yang langsung tidak relevan dan tidak mendatangkan faedah kerana sejak tahun 2008, mereka merupakan parti yang memerintah dan mentadbir negeri Selangor.

Ketua Penerangannya,  Jamawi Jaafar berkata, dalam PRU12 dan PRU13, mereka juga ada manifesto tetapi adakah manifesto-manifesto mereka sebelum ini telah berjaya dilaksanakan, direalisasikan sepenuhnya contohnya isu kesesakan jalanraya yang terdapat dalam manifesto Kajang yang diumumkan baru-baru ini?

"Masalah air, adakah susah selesai sepenuhnya? Sebaliknya kerajaan BN yang tampil dengan cadangan dan melaksanakan projek MRT yang signifikannya untuk menyelesaikan masalah kesesakan jalanraya yang dialami oleh rakyat Kajang," Ujarnya yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tenom.

Tambahnya, memasuki minggu kedua masa berkempan bagi Pilihanraya Kecil (PRK) Dun Kajang, sokongan pengundi muda terhadap Barisan Nasional (BN) di kawasan tersebut meningkat sejak kebelakangan ini setelah parti itu merancakkan program bersifat mesra remaja, sekali gus menarik sokongan golongan muda terhadap BN pada pilihan  PRK Kali ini 

Pendekatan yang digunakan ialah program santai, kegiatan sukan dan riadah serta penggunaan media baharu seperti laman sosial bagi menerangkan dasar kerajaan BN serta ikrar dan janji calon BN, Datin Paduka Chew Mei Fun kepada warga Kajang .

"BN sentiasa berusaha untuk meremajakan misi dan pendekatannya, sesuai dengan golongan sasaran ketika turun padang bertemu mereka
.
"Cara bersantai atau duduk bersembang berbanding perjumpaan formal, lebih mudah dan lebih efektif" katanya ketika ditemui selepas mengadakan perjumpaan dengan pengundi muda di  peti undi Taman Mesra dan Taman Sungai Jernih  Kajang juga merasmikan pertandingan Sepak Takrawa anjuran Pemuda Taman Mesra dan Pemuda Umno Subang dekat sini kelmarin.

Gerak kerja secara santai tetapi agresif yang dilakukan oleh Pemuda Umno dan BN  telah mewujudkan gelombang kesedaran dalam kalangan pengundi muda dan sokongan mereka terhadap BN untuk PRK kali ini  semakin meningkat.

"Alhamdulillah, nampaknya kita menerima sokongan daripada orang muda dalam setiap program yang kita lakukan, kita nampak ramai anak muda datang  mendengar penjelasan pelbagai isu yang diputarbalitkan oleh pembangkang" katanya 

Pemuda perlu jelaskan banyak isu kerana orang muda lebih memberi tumpuan kepada isu asas dan semasa seperti kos sara hidup, GST (Cukai Barangan dan Perkhidmatan).. itu yang banyak dibangkitkan golongan berkenaan selain isu isu semasa ,"katanya

Jamawi berkata, sokongan golongan berkenaan kepada BN semakin memuncak selepas kerajaan Pakatan Rakyat  gagal membela nasib mereka biarpun telah diberikan mandat untuk menerajui kawasan berkenaan  sebelum ini. 

"Jika momentum ini bertahan sehingga ke hari pengundian kita yakin akan memberikan impak kemenangan kepada calon BN Datin Paduka Chew Mei Fun pada hari pengundian bagi Pilihan Raya Kecil DUN Kajang 23 Mac ini," tambahnya.


Tags: , , , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment