Pada hakikatnya, kita wajar berterima kasih
kepada 26 buah negara sahabat kita yang bergabung tenaga dan usaha dalam
menjejaki kehilangan pesawat MH370 sejak dari awal lag termasuk menggunakan
kesemua teknologi yang ada termasuklah satelit dan radar, bukannya
mempertikaikan penyatuan 26 buah negara ini dalam membantu Malaysia.
EXCO Pererakan Pemuda UMNO Malaysia, Nazir Hussin Akhtar Hussin
berkata, kumpulan atau orang-orang tertentu yang mempertikai usaha operasi mencari
dan menyelamat MH370 termasuk bantuan dari 26 buah negara lain dalam operasi
ini memperlihatkan kebodohan mereka menilai semangat setiakawan dan pada
hakikatnya, mereka yang suka mempertikai ini sekadar mencari perhatian dan mahu
merosakkan nama baik Malaysia di mata dunia.
"Sebagai seorang manusia yang normal, sejak hari pertama
berita kehilangan MH370 ini, saya sendiri telah mulai resah dan mendoakan agar
pesawat ini akan segera ditemui dengan semua anak kapal dan penumpangnya
selamat.
Namun selepas pengumuman penting Perdana Menteri, Datuk Seri Najib
Razak pada 23 Mac lalu, bahawa MH370 telah mengakhiri penerbangannya di Selatan
Lautan Hindi, saya ingin kongsikan perasaan sedih bersama semua keluarga
penumpang dan anak kapal MH370, walaupun kita tidak mempunyai pertalian darah,
namun tetap berkongsi kesedihan kehilangan sanak saudara dan saya berharap,
mereka tabah melalui dugaan ini.
Namun, kita harus berbangga dan memberikan penghargaan yang tidak
terhingga terhadap pasukan keselamatan kita yang terlibat dalam operasi mencari
dan menyelamat (SAR) MH370 ini serta
penghargaan kepada pasukan SAR dari 26 buah negara lain yang turut menyumbang
tenaga dalam operasi ini," ujarnya yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian
Titiwangsa.
Tambahnya, bagi mereka yang nak memperlekeh dan mempertikai kemampuan
Malaysia dalam operasi ini dan mempertikai bantuan pasukan dari 26 negara yang
turut membantu ini, apa salahnya mereka sendiri menawarkan diri untuk menjadi
anggota pasukan SAR ini termasuk menyertai operasi di Selatan Lautan Hindi yang
kita sedia maklum bahawa sepenuh perhatian sekarang, bahawa operasi SAR ini
tertumpu di Lautan Hindi.
"Nasihat saya kepada `mereka dan kumpulan-kumpulan' ini, agar
jangan 'borak atau gebang lebih' ibarat anjing menyalak bukit kerana kalau
setakat bercakap atau menyalak di pentas-pentas ceramah, di warung-warung kopi
ataupun sekadar coretan di laman-laman media sosial, pesawat MH370 ini tetap
akan terus meng'hilang'kan diri atau bersemadi di Lautan Hindi.
Sebaliknya usaha tanpa jemu pasukan SAR dari negara kita dan
sahabat dari 26 buah negara lain itulah yang akan mencari bukti hilangnya
pesawat ini di dalam Lautan Hindi, serta mencari kebenaran mengapa MH370
tersasar dari perjalanannya dari KL ke Beijing 8 Mac lalu dan 'mengakhiri'
perjalanannya di Selatan Lautan Hindi sebagaimana yang diumumkan PM baru-baru
ini.
Persoalannya, adakah mereka yang mempertikai kerjasama 26 buah
negara ini sudi untuk menghulurkan bantuan atau menjadi sukarelawan dalam
operasi mencari dan menyelamat MH370 di Selatan Lautan Hindi ini atau mereka
sekadar 'borak kosong' untuk membuat lawak jenaka bersama
penyokong-penyokongnya semata-mata," tambahnya lagi.
0 Komen