Konspirasikah....? #MH370 Sehingga Hilangnya Kasih Seorang Suami & Ayah Kepada Iman & Muhammad .....


Adakah luahan seorang isteri terhadap suaminya yang 'hilang' bersama MH370 ini merupakan satu sandiwara kerajaan? bagaimana kalau peristiwa menyayat hati ini terjadi dalam diri keluarga kita ....

Kenapa sibuk sangat mempertikai usaha kerajaan dalam operasi SAR #‎MH370. Berbagai-bagai dakwaan kononnya TragediMH370 sebagai satu konspirasi kerajaan dan kerajaan cuba menyorokkan 'sesuatu' maklumat dari pengetahuan orang ramai .....

Sedarlah weeeiiii, ketika kerajaan, Najib Razak serta Hishammuddin Hussein cuba meleraikan misteri pesawat ini, di kala negara kita Malaysia dilihat dijadikan kambing hitam untuk kuasa-kuasa besar 'memancing' kekuatan negara pesaingnya, ada juga rakyat Malaysia yang menjadi boneka asing memperlekeh dan mempertikai kewibawaan Malaysia dalam menangani isu MH370 ini.


Jadilah warganegara yang bertanggungjawab, elakkan mensensasikan atau mempolitikkan isu MH370 ini. Sebaiknya kita mendoakan agar pesawat MH370 yang dikatakan melakukan perjalanan terakhirnya di Selatan Lautan Hindi akan segera ditemui .... Hargailah peranan pasukan SAR negara kita yang terpaksa meninggalkan anak isteri, keluarga untuk mencari pesawat malang ini ......
Tags: , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment