Jentera Penerangan Pemuda Akan Diperhebat Bantu Calon BN Di Kajang


Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Jamawi Jaafar berkata, kempen penerangan akan diperhebatkan bagi menjelaskan isu-isu yang dibangkitkan oleh pembangkang menjelang pilihanraya kecil DUN Kajang yang akan diadakan pada 23 Mac depan

Beliau berkata, pengalaman sebelum ini, didapati rakyat semakin menerima dan faham penjelasan yang diberikan oleh kerajaan.

"Kita, (Penerangan Pemuda UMNO/BN) akan mengerakkan secara terus menerus kempen penerangan ini di semua peringkat yang telah kita mulakan dan diperhebatkan lagi bagi menjelaskan dan memperbetulkan segala tomahan  mengenai isu-isu yang dibangkitkan oleh pembangkang. Penceramah dari luar turut dipanggil untuk mengupas dan menerangkan setiap isu yang dibangkitkan.

Kita akan menggunakan kaedah tradisi bersemuka, media cetak, media elektronik dan media maya bagi memberikan penerangan kepada rakyat mengenai segala dasar dan program kerajaan termasuk program program pembangunan yang disediakan oleh kerajaan

Cara ini dilihat lebih berkesan bagi menghebahkan pelbagai maklumat mengenai apa juga dasar serta program yang dilakukan oleh kerajaan untuk kepentingan Negara dan rakyat,” ujarnya yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tenom.

Antara isu yang dibangkitkan oleh parti pembangkang sekarang ialah mengenai kenaikan harga barang, minyak dan pendidikan secara percuma.

Rakyat kini semakin terdedah kepada pelbagai maklumat dan menjadikan mereka lebih kritis dan berani.

Sehubungan itu, ujarnya, UMNO khususnya Biro Penerangan Pemuda  perlu memanfaatkan perkembangan tersebut dengan menyalurkan lebih banyak penerangan kepada rakyat mengenai isu-isu yang dibangkitkan oleh pembangkang.

Katanya, sifat pembangkang ialah membangkang dan mereka akan memutar-belitkan setiap fakta bagi mengelirukan rakyat untuk kepentingan mereka.


"Pemuda akan berhujah dengan fakta yang betul kepada rakyat khususnya di kawasan DUN Kajang agar rakyat tidak mudah dikelirukan dengan fakta yang cuba di putar belitkan oleh pihak lawan.


Kita berharap jentera Pemuda khususnya Ketua Penerangan Pemuda UMNO setiap bahagian dan cawangan yang ada di Selangor turun padang bagi membantu calon BN, Datin Paduka Chew Mei Fun berkempen sekali gus memperjelaskan segala isu yang dibangkitkan oleh pembangkang kepada pengundi di kawasan DUN Kajang,” tambahnya lagi.
Tags: ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment