MAS Sedih Dan Kesal Nasib Yang Menimpa MH370


Malaysia Airlines (MAS) malam ini menyatakan kesedihan dan penyesalan yang mendalam bahawa Penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi seperti diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Doa kami buat semua yang tersayang 227 penumpang dan 12 sahabat serta rakan kami pada saat yang amat memeritkan ini.

"Kami tahu tiada kata-kata yang kami atau sesiapa sahaja dapat ungkapkan yang berupaya meredakan kesedihan ini," kata MAS dalam kenyataan di sini.

Kenyataan itu menyebut MAS akan terus memberi bantuan dan sokongan kepada anggota keluarga penumpang dalam mengharungi kesukaran pada minggu dan bulan yang mendatang.

"Operasi pencarian membabitkan pelbagai negara akan diteruskan bagi mencari jawapan terhadap pelbagai persoalan yang berbangkit. Di samping usaha pencarian MH370, penyiasatan yang intensif akan dijalankan bagi mencari

jawapannya," menurut kenyataan itu.
Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment