Menang Di Kajang: Tidak Ada Suara Sumbang Pertikai SPR, Atau Wujudnya Pengundi Hantu Warga Myanmar


Jika sebelum pilihanraya kecil DUN Kajang, kedengaran suara-suara sumbang mengatakan wujud pengundi hantu warga Myanmar akan keluar membantu kemenangan calon Barisan Nasional pada PRK tersebut, namun suara-suara sumbang tersebut nampaknya langsung tidak kedengaran selepas PRK Kajang, 23 Mac lalu.

Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Jamawi Jaafar berkata, fitnah dan dakwaan SPR tidak telus dan berat sebelah juga langsung tidak kedengaran, mengapa hal ini terjadi, adakah kemenangan Datin Seri Wan Azizah, Presiden PKR mengalahkan calon BN, Datin Paduka Chew Mei Fun baru-baru ini adalah bukti ketelusan sebenar sistem demokrasi yang diamalkan oleh Malaysia.

"Sikap mereka ini agak memeranjatkan, tidak langsung mempertikai kewibawaan SPR, malah suara sumbang mereka mengenai kewujudan pengundi hantu warga Myanmar untuk PRK Kajang langsung tidak kedengaran.

Tetapi tidak mustahil jika mereka akan mempertikai ketelusandan kewibaan SPR dan wujudnya pengundi hantu selepas PRK Balingian, Ahad depan jika calon mereka tewas dalam PRK tersebut.

Itulah sikap sebenar mereka, bila menang semua betul, semuanya telus, tidak wujud pengundi hantu, tidak adakan demostrasi atau perhimpunan Blackout sebaliknya jika mereka tewas dalam satu-satu pilihanraya tersebut, maka berbagai-bagai tohmahan, fitnah dan dakwaan jahat dilemparkan bukan sahaja kepada Barisan Nasional malah turut mengaitkan badan bebas SPR dalam komplot untuk memenangkan calon BN," ujarnya yang juga Ketua Pemuda Tenom.

Tambahnya, rakyat khususnya pengundi di Balingian harus menolak politik jahat pembangkang, sebaliknya terus memberikan sokongan padu kepada kerajaan BN dan pimpinan baru kerajaan negeri Sawarak di bawah kepimpinan Tan Sri Adenan Satim, lebih-lebih lagi kawasan Mukah telah diumumkan sebagai hub pendidikan  selain wujudnya insitusi pendidikan seperti UiTM, MRSM, IKM dan sebagainya.


"Saya rasa penduduk Mukah, penduduk Balingian akan dapat merasai perubahan pembangunan untuk jangka masa panjang, teruslah memberikan sokongan kepada BN untuk terus memberikan perkhidmatan terbaik di Sarawak dan di Borneo khususnya," tambahnya.
Tags: , , , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment