Pemuda BN Yakin Calon BN Menang Di Kajang - KJ


Pemuda Barisan Nasional akan menumpukan usaha dalam menarik lebih ramai anak muda untuk bersama dan mengundi calon BN, Datin Paduka Chew Mei Fun pada hari pengundian bagi Pilihan Raya Kecil DUN Kajang 23 Mac ini.

Pengerusinya, Khairy Jamaluddin berkata, Pemuda BN masih lagi dalam usaha meningkatkan sokongan pengundi muda kerana pada Pilihan Raya Umum lepas (PRU13), saluran muda di dalam Kajang ini tidak memihak kepada BN.

"Jadi kita sedang usaha lagi untuk pengundi muda ini dengan pelbagai program sukan dan program lain yang diminati anak muda kerana dalam masa seminggu ini adalah untuk kita usaha tingkatkan lagi sokongan pengundi muda terhadap BN.

Di sini ada 14,000 pengundi muda lelaki dan wanita dan kita telah melengkapkan fasa pertama kajian sikap pengundi muda ini. Dalam usaha meningkat sokongan orang muda ini, kita kena jelaskan banyak isu kerana orang muda ini lebih kepada isu asas, bukan sahaja perjumpaan dengan calon tetapi juga media sosial dan penjelasan isu-isu semasa seperti kos sara hidup, GST dan banyak isu lain untuk kita jawab dalam tempoh terdekat ini," ujarnya selepas program sarapan pagi dan walkabout di PDM Sungai Jelok.

Dalam masa yang sama, Khairy mengakui penerimaan rakyat khususnya orang muda terhadap calon BN, Datin Paduka Chew Mei Fun semakin baik, dan akan terus bekerja keras tanpa mudah berpuas hati dengan situasi sekarang bagi memastikan BN akan menang selesa, 23 Mac ini.

"Kita dah bagi peluang dua kali kepada PKR di DUN Kajang ini, tetapi amanah rakyat itu telah dipermainkan PKR, tetapi jika Chew Mei Fun dipilih rakyat pada 23 Mac ini, kawasan Kajang akan menjadi kawasan tumpuan kepada Kerajaan Persekutuan.

Dalam masa yang sama, manifesto yang dibentangkan calon PKR, Wan Azizah baru-baru ini sudah terlewat kerana mereka sudah menang di kawasan ini dan kerajaan Negeri Selangor sejak dua penggal lalu, kita yakin kita boleh buat yang lebih baik, pembangunan di Kajang semuanya dibuat oleh kerajaan Persekutuan seperti MRT, dalam usaha menyelesaikan masalah kesesakan jalanraya di sini," ujarnya yang juga Ketua Pemuda UMNO Malaysia.

Khairy juga menjelaskan kenyataan sebelum ini bahawa `Wan Azizah Puppet', bukan bermakna dia menghina Wan Azizah atau bercakap secara negatif sebaliknya dia bermaksud bahawa Wan Azizah mengantikan Anwar Ibrahim sebagai calon PKR di Kajang pada saat-saat akhir.

"Dia gantikan Anwar last minute. PKR dah umum Anwar akan bertanding, bukan dia, itu sahaja yang saya nak sampaikan, saya bukan nak menghina dia," tambahnya.


"Dia nak tampar saya tetapi saya rasa satu Malaysia nak tampar dia kerana malukan Malaysia," seloroh KJ mengulas kenyataan Raja Bomoh yang nak tamparnya semalam.
Tags: , , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment