PRK Balingian : Satu Lawan Satu Antara BN & PKR


Pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian akan menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Pegawai Pengurus Pilihan Raya PRK Balingian Shafrie Saili mengumumkan bekas Pegawai Daerah Dalat Yussibnosh Balo sebagai calon BN dan ahli perniagaan Abdul Jalil Bujang sebagai calon PKR.

Pengumuman dibuat kira-kira 10.16 pagi selepas proses penamaan calon tamat di pusat penamaan calon di Dewan Suarah Mesra di sini hari ini.

Shafrie berkata kertas pencalonan Yussibnosh, 47, diterima pada 9.03 pagi  sementara kertas pencalonan Abdul Jalil, 55,  pada 9.14 pagi.

Pencalonan Yussibnosh dicadang oleh Ardiman Matan @ Henry dan disokong Fauziah Adeni sementara Abdul Jalil dicadang oleh Matek Geram @ Matek Maxi dan disokong oleh Basri Bahari, katanya.


PRK DUN Balingian diadakan selepas dikosongkan penyandangnya Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang juga telah bersara sebagai Ketua Menteri Sarawak pada 28 Feb lepas. Pengundian PRK Balingian ditetapkan 29 Mac ini.
Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment