Buang Pekerja Bukti Betapa Cekapnya Kerajaan Selangor Selesaikan Masalah Ekonomi


Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) menyifatkan penutupan Quality Hotel di Shah Alam adalah satu tindakan yang tidak wajar sehingga memaksa hampir 120 pekerjanya hilang mata pencarian.

Pengerusinya, Hamidzun Khairuddin berkata, penutupan Quality Hotel ini membuktikan ketangkasan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim dalam menyelesaikan masalah ekonomi di negeri Selangor.

“Kita difahamkan, banyak lagi anak syarikat Selangor akan gulung tikar pada tahun ini.

“Dalam masa yang sama, GAPS mendapat khabar angin penutupan Quality Hotel ini akan digantikan menjadi Hub SPA Negeri Selangor,” ujarnya mengulas nasib yang menimpa pekerja Hotel Quality di Shah Alam setelah ditamatkan operasinya.

Sehubungan dengan itu, GAPS memberikan amaran untuk bertindak tegas jika khabar angin mengatakan penubuhan Hub SPA Selangor ini benar-benar berlaku mengantikan Hotel Quality ini.

“Bagi kami, Bandar raya Shah Alam tidak sesuai untuk penubuhan Hub SPA negeri Selangor ini.

“GAPS juga mencadangkan agar para pekerja Quality Hotel ini diserapkan ke dalam mana-mana anak syarikat kerajaan Selangor kerana majoriti pekerja ini adalah orang Melayu.


“Adalah tidak adil mereka dibuang kerja kerana kegagalan pengurusan syarikat dan kerana polisi-polisi kerajaan negeri,” tambahnya.
Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

1 Komen

  1. Anonymous
    11:34 PM

    KDEB dan Kumpulan Perangsang di bawah MBI Selangor sudah lama tidak ada arah tuju perniagaan atau aktiviti ekonomi. Quality Hotel SA pula sudah lama tidak "termaintain" walaupun coffeehouse Nampak macam hebat. Kalau sasaorang melawat Quality Hotel SA, tidak akan terasa suasana hotel. Belum lagi menginap di bilik hotel yang saya diberitahu sudah tidak terurus dengan fittings bilik yang teramat "run-down". Kerajaan Selangor yang sekarang tidak berminat membangunkan aset perniagaan, sebaliknya "menyerah" aset-aset kepada towkey-towkey berkepentingan untuk pembangunan koersyel, termasuk lah Kelab Golf kepunyaan Kumpulan Perangsang. Kes padang bolah di Kelana Jaya dah senyap?????

Post a Comment