Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri
Selangor, Datuk Seri Noh Omar hari ini membidas kenyataan Menteri Besar
Selangor berkenaan isu penjualan tanah kepada Tropicana Sephire Sdn Bhd di
laman portal Selangorku pada 26/3/2014.
Ujarnya, penjualan tanah di Canal City Kuala Langat seluas 1172
ekar atau 474 hektar kepada
Tropicana Corp Berhad, Sapphire Index
Sdn Bhd bukan berjumlah RM844 juta seperti dakwaan Menteri Besar tetapi
berjumlah RM1.7 billion.
“Penjualan tanah tersebut telah ditandatangani pada 15 April 2013
ketika "caretaker goverment" iaitu selepas pembubaran Dun pada 3
April 2013.
Mengikut perjanjian asal, Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB)
dan MBI telah menjual tanah tersebut kepada Tropicana dengan nilai RM1.3
billion dengan terma bayaran seperti Tropicana
perlu menjelaskan deposit sebanyak RM50 juta dalam tempoh 6 bulan pertama dan RM537
juta akan dibayar , berserta dengan faedah dalam tempoh 12 tahun.
Baki RM458.26 juta adalah 5
% daripada nilai pembangunan kasar tanah, ditambah pula dengan 3% daripada
keuntungan bersih daripada projek,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.
Tambahnya, Tropicana telah menjual 308.72 ekar daripada tanah
tersebut kepada Eco World Bhd dengan nilai RM470.674 juta bersamaan dengan RM35
sekaki.
Pada 26/3/2014 Menteri Besar mengeluarkan kenyataan mahu Tropicana
membayar jumlah harga keseluruhan tanah dengan nilai RM844 juta.
“Dengan nilai RM844 juta ini bermakna harga tanah seluas 1172 ekar
tersebut bersamaan dengan RM17 sekaki.
Sehubungan dengan itu, UMNO Selangor menuntut penjelasan kerajaan
negeri Selangor kenapa harga tanah yang dijual kepada Tropicana tidak mengikut
harga pasaran. Dalam tempoh kurang dari 1 tahun tanah Canal City dijual kepada
Eco World dengan harga sekali ganda daripada harga asal.
Bagaimana Menteri Besar selaku Pengerusi PNSB boleh membenarkan
perjanjian jual tanah berlaku ketika Caretaker Goverment?,” ujarnya yang juga
Ahli Parlimen Tanjong Karang.
Dalam msa yang sama ujarnya, laporan kepada SPRM akan dibuat
kerana UMNO Selangor melihat ada berlaku ketirisan dalam perjanjian jual beli
yang dibuat.



0 Komen
Post a Comment