Catu, Kaji Semula Beri Air Percuma Lambang 'Negeri Berkebajikan' Selangor


EXCO Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Mimie Hariani Alias menyifatkan kenyataan ADUN DAP Damansara Utama, Yeo Bee Yin mengenai pengkajian semula pemberian air secara percuma kepada rakyat Selangor amat mengecewakan.

“Mereka sebelum ini yang melaung-laungkan bahawa dasar mereka adalah dasar sebuah Negara Berkebajikan. Tetapi apa yang telah mereka lakukan hari ini. Jadi, apa makna manifesto mereka dalam PRU12 dan PRU13 yang lalu untuk member dan meneruskan pemberian air percuma kepada keseluruhan rakyat Selangor.

Sedikit sebanyak, cadangan ini memberikan gambaran bahawa Pakatan merupakan sebuah parti yang membuatkan rakyat bertambah derita. Mereka hanya menjanjikan bulan dan bintang untuk mendapatkan sokongan dan undi rakyat Selangor, sebaliknya gagal menunaikan janji-janji mereka khususnya selepas mendapat dan mengekalkan kuasa,” ujarnya yang juga Ahli Jawatankuasa Puteri UMNO Bahagian Shah Alam.

Tambahnya, ini sekadar sandiwara pemimpim pembangkang, mengapa baru sekarang difikirkan ketidakrelevannya pemberian air purcuma ini?

“Mereka pemimpin yang tidak mempunyai cirri-ciri kepimpinan untuk rakyat. Bekerja ikut suka mereka, kesenangan, hanyalah untuk diri mereka dan kroni mereka sahaja.

Hakikatnya, inilah bukti kegagalan mereka menguruskan keperluan asas rakyat, sudahlah kita dibebani dengan masalah catuan air, mereka cuba tambah derita rakyat dengan kenaikan harga air pula selain memberhentikan pemberian air percuma sebagaimana yang mereka laung-laungkan selama ini,” tambahnya lagi.

Terdahulu, Anggota Dewan Undangan Negeri, Yeo Bee Yin (DAP-Damansara Utama) meminta kerajaan negeri Selangor mengkaji semula pemberian air percuma kepada rakyat negeri ini.


Ujarnya, pemberian air percuma dilihat hanya satu dasar populis dan bukan keputusan yang paling bijaksana dan efisien untuk menguruskan air di Selangor.
Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

1 Komen

  1. Anonymous
    5:29 PM

    dah flip flop dah. Dulu kata Pak LAh flip flop. Gaji dah approved naik, turun balik. BAgi air free nak tarik balik. Dah kerajaan buat Langat 2 dia berhentikan.Apa nak jadi dgn Selangor ni.Rakyat menderita kerana keegoan pemimpin dan gila kuasa. Nak buat macammana dah pilih kerajaan. sedialah 9 tahun lagi.

Post a Comment