Pablo Aimar & Baihakki Khaizan 'DIPAKSA' Tinggalkan JDT


Berita sedih buat semua peminat dan penyokong JDT. Pablo Aimar dan Baihakki Khaizan telah pergi meninggalkan kita. Aimar yang juga bekas pemain kebangsaan Argentina dikatakan membuat keputusan kerana beliau tidak dapat sesuaikan diri dan juga corak permainan yang dikendalikan oleh Bojan Hodak.

Manakala Baihakki pula terpaksa akur dengan keputusan Bojan Hodak yang meminta beliau tinggalkan pasukan atas alasan yang tidak munasabah. Pemain yang mempunyai lebih dari 100 caps ketika beraksi dengan pasukan kebangsaan Singapura tersebut telah dimaklumkan oleh Bojan Hodak tentang perkara ini tanpa memberi beliau sedikit ruang untuk beliau melakukan sebarang persiapan sebelum meninggalkan pasukan sebentar tadi selepas tamat perlawanan antara JDT dengan T Team sedangkan Baihakki tersenarai di bangku simpanan.

Piala AFF Suzuki yang akan menjelang pada hujung tahun ini merupakan alasan Bojan Hodak dimana Baihakki yang sering menjadi benteng utama pasukan seberang tambak ini dikhuatiri Baihakki akan terdedah dengan mengalami kecederaan yang serius.

Adakah ini suatu tindakan bijak dari Bojan Hodak??? Perkara sebegini tidak boleh dipandang enteng kerana kedua-dua pemain tersebut adalah pemain import dan ini boleh menjejaskan nama baik semua pihak yang terlibat dalam arus perubahan bola sepak Johor.

Dua perkara yang berbeza di mana Aimar sendiri mohon untuk dilepaskan manakala Baihakki pula disingkirkan tanpa dimaklumkan terlebih awal.

Tindakan yang kurang bijak dari seorang ketua jurulatih yang kononnya mempunyai rekod baik dalam pasukan dibawah kendaliannya. Saya rakyat Johor dan ini adalah hak saya untuk suarakan pendapat.

Bagi saya, ini adalah keputusan yang berbentuk 'prerogative'. Keputusan yang kurang bijak. Hasilnya bukan sekarang, virusnya akan datang.


'Bola Sepak adalah milik rakyat negeri Johor'
Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

17 Komen

  1. Anonymous
    7:33 AM

    Tepat sekali keputusan tu...

    Baihaki main bukan bagus pon....

    Jauh lebih baik gandingan aidil dgn fazli shahs....

    Kalau salah seorg injured.... pemain india yg main mlm td tu pon jauh lebih baik dari baihaki...

    Mahali dgn azarrudin ....kiri kanan dah mantap...

    Pablo dah tua dia nak elakkan injured yg severe...lg pon x dak apa yg di nak buktikan lg...

    Dia pon dah milionair.... main kat liga msia yg kompetatif dari segi fizikal bukan tektikal mmg high risk...

  2. Anonymous
    8:29 AM

    Patutnya hariss sekali dikeluarkan..dan bojan sekali..main bola lambung2 mcm orang gila

  3. Anonymous
    9:39 AM

    Lebih baik penasihat2 bola keliling tmj tu blah dulu. Lu org bukan tau apa pun. Buat perabis duit istana je. Panggil bekas2 pemain je jadi penasihat2. Yg ada skrg ni blah. Tu lah bala sebenar jdt.

  4. Anonymous
    11:46 AM

    Lps nie team jdt utamakan pemain tempatan jea. Harris kekalkan sbb dia byk posisi yg boleh main. Luciano pun bgs. Cuma pemain tgh kena aggresif.

  5. Anonymous
    1:27 PM

    Majulah bola sepak negeri johor.
    Hidup harimau selatan
    Ngaummmmm....

  6. Anonymous
    2:29 PM

    Betol...sokong penasihat tmj banyak kaki ampu....pilih kalangan ex player...ni kaki ampu semua tukar kereta besar....puihhhhh

  7. Anonymous
    2:54 PM

    Btol3

  8. Betul tu..yg lebih2 sgt pengurusan southern tiger..kemaruk carik duit..beli baju nike gred AAA rm35 lps tu jual dgn peminat rm80..mcm gampang

  9. Bukan kaki ampu aje..kaki komisen..tiap kali JDT menang merekalah yg mintak habuan

  10. Ada sekor pengurusan dlm southern tiger tu berlebih lebih pulak..pengalaman cuma uruskan artis n jd pak andam..bodek kuat maka skrg uruskan team bola pulak

  11. Anonymous
    2:02 AM

    bg aku baihakki ok ape..brpengalaman lg tu..biasela main dgn team bru..suasana bru xkn nk trus up..g pique pn bt silap beb..yg pnting sejak bojan haramjad ni msuk jdt nu tunjuk konon2 bgus..smua nk msuk cmpur..yg ptt kne buang rmai lg yg nth ape2 nth main..mls nk ckp..mmg haramjad la bojan ni..konon2 coach yg ada rekod baik..puih..sbg ank jati johor wa mmg pangkah bojan jd pelatih utk jdt..

  12. Anonymous
    2:13 AM

    bg aku bai ni x la teruk mn pun..biase la silap skit2 mmg adat la..lg2 team dlm liga super ni kbykkan mmg mark jdt sbg team yg ptt di kalahkan.klu game dgn jdt je main mati2..aku pun heran..bojan hodak ni aku ingat dy buta kot x pun saje nk naikkan ank buah lame dy yg dah lame duk simpanan dan bg aku mmg patut x yah beli langsung..lg pun si bai ni akt tgk pandai campur org yg ada dlm team jdt..gudluck bai..org johor akn tetap kenang pemergian yg xde cara.....

  13. Anonymous
    2:21 AM

    betul lah..org keliling dgn tmj bukan tau ape2 pun pasal bola..yg konon2 jd tuan penasihat..sedih aku tgk dgn pasukan johor drp dlu smpi skrg ada je mangkuk2 yg jd batu api kaki cucuk..klu cmni mmg x kemane la team jdt ni..

  14. Anonymous
    6:13 PM

    Korang nak bising ker aper ker.....tahun nie 2014 milik lions 12 k.....

  15. Anonymous
    6:22 PM

    Kalau jdt nak jadi juara Sgt DLM group masuk aje liga perdana.hahahahaha go lions go

  16. Anonymous
    6:27 PM

    Jdt buang $.....mcm Cardiff .harapkan soppoter pekik telolong main x kalah seri ITU aje.harapkan gaya aje lebih main mcm budak sekolah rendah

  17. teruskn sokong jdt, jgn sokong penyokong2 bermusim ni. Jadilah penyokong setia JDT.

Post a Comment