Masih Belum Terlewat Untuk Khalid Ibrahim Mengenali Siapa Anwar Ibrahim- Noh


UMNO Selangor hari ini menyifatkan bahawa masih belum terlambat untuk Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk menyedari kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tidak berkualiti dan bersifat diktator.

Pengerusinya, Datuk Seri Noh Omar berkata, lebih 90 peratus pengasas PKR sudah meninggalkan parti kerana menyedari PKR hanya alat untuk memuaskan selera politik ketua pembangkang itu yang luar biasa.

"Saya tidak hairan sekiranya ramai pak turut dalam PKR kerana Anwar mengamalkan kepimpinan diktator, malah parti itu tiada lagi perjuangan untuk rakyat sebaliknya segala-gala dilakukan kerana Anwar," katanya.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Abdul Khalid yang menafikan beliau menjadi pak turut Anwar, sebaliknya menerima segala cadangan dan teguran untuk dipertimbangkan sebagai seorang pemimpin negeri.

Noh secara sinis berkata, hanya selepas Anwar mahu menggantikan tempat beliau sebagai Menteri Besar Selangor, barulah Abdul Khalid mengakui dia bukan seorang pak turut.

"Kalau tidak kerana PRK Kajang yang mahu menyingkir beliau sebagai Menteri Besar, mungkin Abdul Khalid masih mengikut telunjuk Anwar. Malah Anwar sendiri sudah terbayang-bayang menjadi menteri besar.

"Selama ini secara sedar beliau telah diperalat oleh Anwar termasuk membantah pelaksanaan loji air Langat 2 sehingga menyebabkan Selangor menalami krisis air yang kritikal," katanya.

Kenyataan Khalid juga tidak ubah sebagai satu 'umpan politik' untuk beliau bertanding sebagai timbalan presiden PKR pada pemilihan Mei ini.             

Tindakan mencabar Mohamed Azmin Ali, seorang lagi kuda tunggangan Anwar, juga membuktikan Abdul Khalid tidak mahu menjadi pak turut kepada semua perancangan politik Anwar.

"Paling mengejut apabila beliau menandatangani memorandum persefahaman dengan Kerajaan Pusat berhubung loji air Langat 2 tanpa merujuk kepada Anwar Ibrahim kerana ianya ada kaitan dgn PRK Kajang. Itu satu mesej jelas kepada Anwar Ibrahim bahawa dia masih Menteri Besar dan berkuasa di negeri Selangor  ,” katanya.


Tags: , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

3 Komen

  1. Anonymous
    9:15 PM

    Noh omar nak komen boleh, tapi pastikan umno BN Selangor jangan tidur. Mula kempen ceramah dari sekarang , jangan nak sibuk benda lain. Rakyat Selangor biar Pr yg jaga. Kita kena mula attack dari sekarang di pentas terbuka , bukannya di media atau paper. Sedar diri sikit , kita pembangkang di Selangor. Hentikan aktiviti glamour di mata rakyat.

  2. Anonymous
    11:39 PM

    Betul tu setuju 10000%

  3. brotherhood
    12:42 AM

    elehhh..gua pun kenal sapa noh omar. blohher si gunung ni pun gua kenal.. kikiki..

Post a Comment