Ramai Sangat Anak Muda Bumiputara Yang Masih Gagal Memiliki Rumah


Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Pahang hari ini menyokong penuh cadangan yang diutarakan oleh Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia agar satu kajian semula terhadap sistem pengundian bagi skim perumahan mampu milik yang tidak menjamin kuota 30% belia bumiputera dapat dijalankan.

Ketua Penerangannya, Mohd Farid Mohd Nor berkata, ini memandangkan dari segi majoriti, belia Bumiputera merupakan golongan yang paling sukar untuk memiliki rumah terutamanya di kawasan bandar disebabkan oleh faktor harga rumah yang tinggi dan ketidakupayaan untuk mendapatkan pembiyaan daripada pihak bank.

“Kegagalan memperoleh pembiayaan, sebagai contoh akan menyebabkan sesetengah daripada mereka yang terpilih melalui undian terbuka terpaksa membatalkan hasrat untuk memiliki rumah, sekaligus membuka ruang kepada yang lain, tanpa kuota 30%, tempat ini mungkin akan diisi oleh golongan yang lebih mudah mendapat pinjaman daripada pihak bank.

Kita telah melihat banyak contoh dalam projek-projek perumahan swasta di mana lot-lot rumah kos rendah dan sederhana yang diperuntukkan kepada bumiputera diisi oleh bukan bumiputera dengan alasan bakal pembeli yang telah membuat tempahan awal gagal memperoleh pinjaman bank.

Dengan penetapan kuota 30%, sekurang-kurangnya ada jaminan bahawa sekiranya pembeli terpilih gagal meneruskan hasratnya, ianya tetap diisi oleh pembeli lain dikalangan bumiputera,” ujarnya yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Lipis.


Tambahnya, Pemuda UMNI juga memahami hasrat saudara Chong Sin Wong, Ketua Pemuda MCA Pusat yang tidak bersetuju dengan cadangan penetapan kuota ini, walaubagaimanapun kami menyeru agar beliau lebih realistik dan mengakui bahawa golongan bumiputera sememangnya menghadapi masalah yang cukup besar dalam memiliki rumah.

Sistem kuota tidak bercanggah dengan hasrat kerajaan untuk membantu golongan berpendapatan rendah memiliki rumah mampu milik kerana sememangnya rata-rata mereka yang tergolong dalam golongan ini adalah Bumiputera.

“Seharusnya Pemuda UMNO meminta kuota yang lebih besar namun kami memahami dan menghormati perasaan sahabat-sahabat pemimpin parti komponen yang turut menjaga kepentingan kaum masing-masing.


Walaubagaimanapun, kami juga bersetuju dengan kenyataan saudara Chong agar  sistem saringan diperbaiki bagi memastikan hanya mereka yang benar-benar layak sahaja diberi peluang untuk memiliki rumah mampu milik. Pemuda UMNO Pahang tidak mahu ada golongan Bumiputera yang berkemampuan menidakkan peluang rakan-rakan mereka yang lain samada bumiputera atau bukan bumiputera yang lebih memerlukan,” tambahnya lagi. 
Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment