Pakar Sahkan Isyarat Detikan Dari Sebuah Kotak Hitam


Para pakar di Australia dan Amerika Syarikat mengesahkan bahawa isyarat detikan yang dikesan kapal-kapal mencari pesawat Malaysia Airlines yang hilang di selatan Lautan Hindi merupakan peranti buatan manusia dan bukan bunyi semula jadi lautan, demikian menurut Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC).

Ketua Penyelarasnya, Ketua Marsyal Udara (B) Angus Houston berkata para pakar dari Pusat Analisis Akustik Bersama Australia (AJACC) di New South Wales dan pengeluar kotak hitam di Amerika Syarikat, mengesahkan bahawa isyarat 33.31khz itu adalah daripada perakam data penerbangan sebuah kotak hitam.

Bagaimanapun, beliau tidak dapat mengesahkan sama ada isyarat itu dating daripada kotak hitam pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370.

"Dua isyarat yang dikesan kapal pertahanan Australia (ADV) Ocean Shield
ialah pada 4.27 petang dan 10.17 malam semalam," katanya dalam sidang akhbar mengenai perkembangan usaha menjejaki pesawat MAS Penerbangan MH370 di sini hari ini.

Beliau berkata isyarat pertama berlangsung selama 5 minit dan 32 saat dan

yang kedua, 7 minit.
Tags: ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment