Sikap Pemimpin Pembangkang Ajar Pengikut Jadi Kurang Ajar

Tindakan pemimpin-pemimpin pembangkang yang suka memaki hamun, mencerca dan memberikan gelaran-gelaran negatif terhadap pemimpin-pemimpin kerajaan jelas menunjukkan kepada dunia bahawa institusi pembangkang yang sepatutnya dihormati dan mebdatangkan manfaat kepada rakyat, jelas tidak wujud di Malaysia.

Ketua Penerangan Pemuda UMNO Negeri Pahang, Mohd Farid Mohd Nor berkata, di Negara-negara yang sering dijadikan conoth oleh pihak pakatan, pembangkang di sana memainkan peranan penting selaku pihak yang mengimbangi kuasa kerajaan melalui peranan mereka mengkritik dan mengutarakan cadangan munasabah untuk menidakkan sesuatu keputusan kerajaan.

“Bagaimanapun, ini tidak berlaku di Malaysia. Kenyataan-kenyataan berbentuk penghinaan yang dikeluarkan oleh pemimpin mereka lebih menjurus kepada dendam peribadi.

Budaya yang mereka pupuk seolah-olah mereka mahu rakyat memilih pendekatan bercorak jalanan dalam menumbangkan kerajaan.

Emosi rakyat dibakar dengan harapan rakyat bangkit melalui kaedah keganasan bagi mewujudkan pemerintahan baru di Malaysia,” ujarnya yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Lipis.

Dalam masa yang sama, tindakan dan sikap pemimpin-pemimpin pakatan ini dilihat sebagai amalan dan contoh untuk mengajar penyokong dan pengikut mereka untuk bersikap kurang ajar dan biadap terhadap pemimpin kerajaan termasuk membuat berbagai-bagai fitnah dan cacian.


“Tengok sahaja bagaimana seorang yang memuatkan gambar ngeri kononnya isteri pemimpin yang mati ngeri dalam laman media social baru-baru ini, ia antara contoh bagaimana sikap kurang ajar pengikut pakatan pembangkang ini yang terikut-ikut rentak pemimpin mereka yang saban hari memaki-hamun pemimpin UMNO tidak kira di pentas ceramah ataupun di laman-laman media sosial,” ujarnya lagi. 
Tags: ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment