Pemuda UMNO Gesa ESSCOM Menambah-Baik Kawalan Keselamatan- Jamawi


Pergerakan Pemuda UMNO berpandangan bahawa kejadian penculikan di Singgahmata Reef Resort di kawasan perairan Semporna pada minggu lepas perlu menjadi pengajaran kepada pihak Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) agar melakukan penambahbaikan kawalan keselamatan di kawasan tersebut

Ketua Penerangannya, Jamawi Jaafar berkata, kejadian yang berlaku di kawasan yang hanya sekitar 1.5km dari Pekan Semporna itu amat mengecewakan dan turut mengundang pelbagai persepsi negatif terhadap kewibawan ESSCOM.

"Bagi memastikan kejadian ini tidak berulang selain mengadakan operasi besar besaran, di kawasan pantai dan pulau-pulau di kawasan pantai Timur dan pulau-pulau di kawasan zon keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esszone) pihak keselamatan wajar mempertingkatkan kawalan keselamatan dengan mendirikan pos-post kawalan di kawasan kawasan yang stategik  terutama di pulau-pulau yang dikenal pesti menjadi sasaran penceroboh," ujarnya yang juga merupakan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tenom.

Tambahnya, dalam kejadian 10.30 malam di Singgahmata Feef  Resort itu empat lelaki bertopeng dan bersenjata api menyerbu resort tersebut sebelum masuk ke bilik pekerja dan melarikan Pekerja Resort  seorang pekerja wanita Fililipina dan seorang pelancong warga China  Hao Huayun.

“Pihak berkuasa perlu memperketatkan kawalan keluar masuk ke kawasan tersebut dan sentiasa bersiap siaga dengan kehadiran bot bot yang membawa masuk pendatang tanpa dokumen yang sah.

"Post -Post kawalan juga perlu dilengkapi dengan kemudahan asas yang lengkap dan  alat komunikasi yang  berteknologi tinggi agar maklumat dapat disampaikan dengan lebih cepat dan berkesan" tambah Jamawi.

Selain itu, Jamawi juga berharap pihak berkuasa dapat menempatkan lebih banyak anggota risikan  tentera dan polis kerana ada kemungkinan ada pihak yang bersubahat atau memberikan kerjasama  kepada pihak penceroboh

Katanya, langkah untuk menempatkan  lebih ramai  pegawai dikalangan penduduk tempatan juga perlu diberikan keutamaan kerana mereka lebih memahami keadaan dan kependudukan di kawasan tersebut memandangkan kawasan ini kawasan pantai dan lautan yang berdekatan dengan negara jiran Filipina

"Pihak Imigresen juga perlu melakukan kekerapan operasi bagi mempestikan tiada majikan mengambil pekerja tanpa dokumen sah yang dikhuatiri bersuhabat dengan pihak penceroboh" katanya.

Tambah Jamawi kerajaan juga perlu  mengadakan hubungan yang lebih rapat dengan pihak berkuasa Filipina  khususnya dalam mengawal perairan Laut China Selatan agar dapat mengakang kemasukan penceroboh ke kawasan tersebut.


"Pencerobohan ini sedikit menjejaskan imej (Esscom) bagaimanapun kita perlu memberikan peluang untuk mereka mempertingkatkan keupayaan mereka termasuk menambahbaik kemudahan asas seperti kelengkapan bot laju yang lebih canggih dan efiktif untuk memintas bot bot penceroboh atau bot bot yang membawa masuk pendatang tanpa izin ke negara ini,” tambahnya lagi.
Tags: , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment