Hentilah `Berlakon’, Jangan Gunakan Anak Cucu Sebagai Modal Politik Raih Simpati


Kaum keluarga Anwar Ibrahim dinasihatkan hentikan lakonan sedih dalam usaha meraih simpati rakyat menjelang Pilihan Raya Kecik Parlimen Permatang Pauh tidak lama lagi.

Ahli Dewan Undangan Negeri Buloh Kasap, Norshida Ibrahim berkata, taktik menagih simpati dengan mendukung cucu Anwar Ibrahim yang digunakan oleh anak perempuannya, Nurul Nuha adalah bukti taktik lapuk keluarga DSAI untuk meraih undi simpati rakyat sejak dahulu lagi.

“Taktik ini sebenarnya membuktikan mereka akan menggunakan apa sahaja cara untuk mendapatkan undi dan sokongan hatta dengan mengheret anak-anak ini ke sana ke mari semasa kempen PRK Permatang Pauh nanti.

Anak-anak ini pasti akan dieksploitasi menjadi medium dan alat kempen pakatan pembangkang sepanjang tempoh berkempen nanti,” tambahnya.

Tambahnya, mereka akan menggambarkan kepada segenap rakyat dan pengundi bahawa kanak-kanak ini sebagai golongan yang teraniaya yang memerlukan pembelaan dan turut akan mencanang kempen kerajaan tidak adil sedangkan mahkamah telah mengesahkan Anwar Ibrahim bersalah.

“Saya amat berharap pengundi di Permatang Pauh dapat menilai perkara ini dengan rasional dan sebaik-baiknya,” tambahnya.
Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment