Pemuda UMNO Kutuk Serangan Berterusan Rejim Israel Terhadap Penduduk Palestin

Biro Antarabangsa Pemuda UMNO Malaysia menyambut baik kenyataan Perdana Menteri Malaysia YAB Dato Seri Najib Razak di Persidangan Bangsa-Bangsa Bersatu di New York dan YB Dato Seri Anifah Aman Menteri Luar Negeri Malaysia di Persidangan Pertubuhan Islam OIC mengenai keganasan rejim Israel terhadap Palestin terutamanya golongan awam termasuk kanak-kanak dan wanita-wanita yang tidak berdosa.

Pengerusinya, Dato Mohamed Hazali Abu Hassan berkata, konflik yang telah lama berlarutan berdekad-dekad ini seolah-oleh tiada penyudahannya, hampir setiap tahun rejim Israel akan menyerang Palestin dengan helahan baru dalam pelbagai bentuk.

“Terbaharu, adalah pencerobohan ke atas Masjid Al-Aqsa di Al-Quds oleh rejim Israel. Masjid Al-Aqsa adalah tempat suci Islam ke-3 selepas Masjidil Haram di Mekah dan Masjidil Nabawi di Madinah.

Nabi Muhammad SAW menunggang Buraq dari Masjidil Haram ke Masjidil Al-Aqsa dalam peristiwa bersejarah Israq dan Mikraj .

Pencerobohan Masjid Al-Aqsa ini adalah sebahagian daripada perancangan sistematik rejim Israel bagi mengubah landskap , demografi dan sejarah Masjid Al-aqsa di Al-Quds dengan pengasingan masa dan zon,” ujarnya dalam satu kenyataan kepada media hari ini.  

Tambahnya, perkara ini bukan sahaja menindas hak rakyat Palestin tetapi juga sudah tentu mengundang kemarahan masyarakat antarabangsa yang cintakan keamanan dan juga  terutamanya bagi umat islam

Semua provisi undang-undang antarabangsa telah dicabuli oleh rejim Israel dengan sewenang-wenangnya 

“Kami menyambut baik desakan pemimpin-pemimpin dunia yang terus mengutuk keganasan rejim Israel ini di mesyuarat agung PBB.

Kami amat berharap dengan desakan pemimpin-pemimpin dunia dan di bawah kepimpinan Presiden Obama , Amerika Syarikat tidak lagi menutup mata sebelah dan mengamalkan sikap pilih kasih dan tidak peduli terhadap perkara ini,” tambahnya.

Jalan penyelesaian yang konklusif perlu disegerakan demi menjamin hak rakyat Palestin yang sudah tentunya akan membawa satu nafas dan harapan baru ke arah keamanan dunia sejagat.


Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia sentiasa konsisten dan komited dalam memperjuangkan nasib rakyat Palestin yg tertindas dan akan terus menyuarakan pendirian kami mengutuk segala bentuk kekejaman rejim israel terhadap rakyat Palestin.
Tags: ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment