Jangan Salah Pemandu Teksi Semata-Mata : .... Apa SPAD Buat?


1. Saya pasti akan ada ramai yang membangkang kenyataan saya pd kali ini.
2. Tidak dinafikan perkhidmatan teksi hari ini jauh lebih ketinggalan berbanding grabcar & uber. Selain dari segi harga, grabcar & uber lebih bersih dan efisien.
3. Pemandu teksi pun tak minta bawa kereta 'lama' seperti saga & wira yakni penggunaan kereta dari uber tampak lebih elegen berbanding teksi. Saya percaya pemandu teksi lebih suka bawa kereta yang lagi selesa seperti inspira serta vios demi keselesaan penumpang. Namun, tidak pernah pula fikir mampukah pemandu teksi nak bayar sewa kereta kelas pertama dari syarikat pengusaha sedangkan teksi wira pun sewaan harian cecah RM50??
4. Cuba kita kira dari sisi pemandu teksi. Kadar Sewaan Sehari RM50, Penumpang 5 trip average dapat RM10. Tidak termasuk tol, dan makan sepanjang lakukan kerja. Itu pun tidak balik modal, malah rugi.
5. Itu anggaran sebelum wujudnya grabcar & uber. Bayangkan dengan selepas kebanjiran grabcar&uber, berapa banyak trip dapat dalam sehari? Ada yang mengadu tidak dapat trip langsung!
6. Melalui apa yang saya sebutkan di atas ialah sikap gila wang, serta cekik darah syarikat pengusaha teksi itu sendiri yang tidak fokus menjaga hal ehwal pemandu teksi. Akhirnya pemandu teksi terjerat dan menjadi mangsa keadaan.
7. SPAD pula kerja dia hanya 'menaikkan tambang', tidak pula fokus kepada pelan pembangunan pengangkutan teksi. Saban tahun bukan semakin baik, malah 'kpi' teksi menjadi semakin buruk dan langsung tidak dapat memenangi hati rakyat yang merupakan pengguna utama mereka. Saya tidak tahu apa pihak pemikir SPAD lakukan di pejabat mereka.

Eddy Casmady
Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment