Krisis Air Selangor Meruncing 2017 Hingga 2019… Siapa Yang Bermain Politik?


Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali ditempelak berhubung kenyataannya yang menjangka Selangor bakal menghadapi krisis bekalan air kritikal pada 2017 hingga 2019 kerana masalah tersebut sudah dibangkitkan sebelum ini lagi.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Sohaimi Shahdan berkata bukankah perkara tersebut sudah lama dibangkitkan berkali-kali oleh pimpinan Barisan Nasional (BN) Selangor termasuk Gabungan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS) yang mahukan jalan proaktif diambil dalam usaha memastikan bekalan air untuk rakyat tidak terjejas.
Menurut beliau bukankah juga sebelum ini pelbagai pihak menyarankan agar kerajaan negeri segera memuktamadkan perjanjian dengan syarikat konsesi air bagi menyiapkan pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2) dan pelbagai proses berkaitan yang lain.
“Ini bukan perkara baru. Pada 2012 dan 2013 kalau tidak silap GPRS pernah ketengahkan isu ini. Kita bawa dengan fakta dan pelbagai kajian berhubung jangkaan masalah air yang akan berlaku seperti mana yang diperkatakan itu.
“Namun mereka melihatnya sebagai kita mempolitikkan isu berkenaan dan memandang sebelah mata apa yang kita utarakan itu. Hari ini baru mereka nak memperkatakan soal berkenaan sedangkan kita sudah lama jangka soal tersebut.
“Jadi siapa yang bermain politik dalam soal ini apabila cuba menghalakan soal ini kepada pusat dengan pelbagai alasan. Janganlah sombong dan bongkak kerana hari ini Datuk Seri Azmin sendiri mengakui masalah berkenaan dijangka berlaku pada 2017 hingga 2019.”

Baca seterusnya di UMNO-Online
Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment